03 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA S/U JKKK BUKIT WAN

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah secara sederhana tetapi cukup meriah khasnya di Kampung Bukit Wan. Tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka serta sedekah duit raya terus diamalkan khasnya generasi muda. Perkara ini sudah menjadi perkara biasa apabila menjelang musim perayaan. Setiausaha JKKK Bukit Wan iaitu Saudara Ambak Ismail telah mengadakan Majlis Rumah Terbukanya yang telah diadakan pada 1 September 2011 iaitu hari raya ketiga. Majlis ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Kehadiran tetamu cukup memuaskan yang terdiri dari masyarakat kampung serta kawan kawan dan kenalan. Antara juadah yang disediakan ialah nasi dagang, nasi minyak, satay, mee goreng, ketupat, tapai dan kuih kuih raya moden yang lain. Aiskrim turut disediakan khasnya untuk kanak kanak. Disamping itu duit duit raya turut diagihkan kepada kanak kanak dan juga anak anak yatim.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kehadiran tetamu yang tidak putus putus...

Menunggu giliran untuk mengambil makanan Ketawa besar...mungkin ada sesuatu yang lucu. Antara sebahagian yang hadir pada sesi pagi.... Tetamu sedang mencari makanan kegemarannya.....
Penulis blog Bukit Wan...hulkali dan keluarga turut sama
hadir.

Tiada ulasan: