19 Oktober 2011

PESURUHJAYA JHEAT KE KAMPUNG BUKIT WAN

Pada 20hb Oktober 2011 bertempat di Masjid Kampung Bukit Wan telah diadakan Program Turun Padang Pesuruhjaya Agama dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) ke Kampung Bukit Wan bagi mewakili Daerah Kuala Terengganu, satu kuliah maghrib dan juga perjumpaan Iman/Bilal seluruh daerah Kuala Terengganu telah diadakan disini. Kuliah Maghrib ini telah bermula selepas solat maghrib dengan ucapan alu-aluan dari YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Dalam ucapan yang diberikan oleh YB Haji Khazan, beliau berharap agar para jemaah yang hadir pada kuliah maghrib ini sentiasa menjadikan masjid sebagai tempat yang utama didalam beribadat. "Biarkan jiwa kita terasa janggal jika tidak ke masjid untuk bersolat dan perkara ini jika kita amalkan pasti akan menjadi sebati dengan kita" kata beliau.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JHEAT kerana sudi menjadikan Batu Rakit sebagai tuan rumah pada program turun padang kali ini.Kerjasama dari seluruh JKKK dan warga yang terlibat pada program ini turut mendapat ucapan terima kasih dari beliau sebagai tanda perhagaan kepada setiap program yang dijalankan di Dun Batu Rakit. Sementara itu dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Agama Haji Mohd Rodzali Salleh pula,beliau menyatakan setiap pekerjaan dan perkara yang melibatkan agama dalah sangat mulia.Beliau mahukan para pegawai dan juga jemaah yang hadir agar sentiasa menjadikan setiap pekerjaan itu perkara yang mulia. Dalam pada itu.beliau turut memaklumkan bahawa program yang dialakukan oleh JHEAT ini adalah untuk mendekatkan lagi kemesraan antara masyarakat dengan JHEAT. Disamping itu juga untuk mengenal pasti masjid-masjid yang dikendalikan oleh JHEAT didalam Daerah Kuala Terengganu.Kuliah Maghrib ini turut dihadiri oleh Iman/Bilal dari seluruh masjid di Daerah Kuala Terengganu. Sokongan dari para penduduk Kampung Bukit Wan dan juga Pengerusi-Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit berjaya mencatat kehadiran seramai 350 orang jemaah.Progaram yang turut dihadiri oleh APMT Dun,Pergerakan Pemuda Dun,Wakil Balai Polis Batu Rakit,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka serta Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun ini turut menyediakan hidangan makan malam kepada seluruh jemaah yang hadir. Sempena kuliah ini juga,Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun turut menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Agama dan juga YB Haji Khazan.

Kain rentang program

Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan dan ahli ajk masjid sedang menunggu kehadiran ahli jemaah.

Tiada ulasan: