01 Oktober 2011

KEJOHANAN FUTSAL PIALA ADUN BATU RAKIT 2011.

Team Futsal Bukit Wan tidak pernah sunyi dari menyertai mana mana pertandingan khasnya pertandingan diperingkat DUN Batu Rakit. Yang terkini bertempat di Gelanggang Futsal KSK Wakaf Cagak telah dilangsungkan Kejohanan Futsal Piala YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) selama 2 hari. Kejohanan ini cukup mendapat sambutan dan berlangsung dalam suasana meriah serta semangat kesukanan yang tinggi. Penyertaan Team Bukit Wan nyata cukup membanggakan kerana mendapat tempat ke-3 serta menerima hadiah Rm 200 tunai. Hadiah hadiah telah disampaikan sendiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit).
TAHNIAH UNTUK TEAM FUTSAL BUKIT WAN
(BUKIT WAN FC)
Kain rentang kejohanan...
Yb Ustaz Khazan turut bersama penonton menyaksikan perlawanan
Ketua pasukan Bukit Wan "Bukit Wan FC"...Supian sedang menerima
hadiah dari YB Ustaz Khazan.
Pemain pemain Team Bukit Wan menerima medal dari YB Ustaz Khazan.

Tiada ulasan: