08 Disember 2011

JKKK BUKIT WAN DIANUGERAH JKKK CEMERLANG 2011

Pada 6 Disember 2011, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah ditabalkan sekali lagi sebagai JKKK paling cemerlang dalam daerah Kuala Terengganu pada tahun 2011. Kejayaan ini adalah kejayaan kali ke 2 secara berturut turut dimana pada tahun 2010 JKKK Bukit Wan juga telah diberi anugerah yang sama. Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan di Taman Tamaduan Islam Kuala Terengganu yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail. Dalam anugerah ini terdapat 192 buah JKKK dalam daerah Kuala Terengganu yang menyertai penganugerahan ini. Ternyata dengan kejayaan ini, maka nama JKKK Bukit Wan akan terus menjadi bualan dan sebutan dimasa masa akan datang. Kejayaan ini cukup bermakna bagi pihak JKKK malah seluruh penduduk kampung turut berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan ini juga turut dikongsi oleh Adun Batu Rakit iaitu YB Tn Hj Ustaz Khazan bin Che Mat. Beliau banyak memberi sokongan moral mahu pun dalam bentuk sumbangan kewangan. Kejayaan adalah hasil berkat usaha pihak JKKK dengan kerjasama semua penduduk kampung. Dengan semangat "Kampung Kita Tanggungjawab Kita" maka segala gerak kerja didalam kampung dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail)
sedang menerima hadiah yang disampaikan oleh Pegawai
Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Hj Wan Nawawi bin Ismail.
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar bersama sama pegawai Daerah Kuala Terengganu, YB Adun Batu Rakit, Penghulu Kanandan Penghulu Penghulu Mukim.

Tiada ulasan: