30 Disember 2011

ANUGERAH KHAS UNTUK JKKK BUKIT WAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah dianugerahkan satu "Anugerah Khas" di Majlis Malam Nur Hijrah 1433 ini telah diadakan pada 29 Disember 2011 di Dataran Perumahan R.A.K.R Mengabang Lekar Batu Rakit Kuala Terengganu. Majlis ini telah merupakan acara tahunan yang telah diilhamkan oleh YB Ustaz Hj Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit. Penganugerahan ini diberikan kerana JKKK Bukit Wan telah banyak mengharumkan nama Batu Rakit dan Daerah Kuala Terengganu dalam beberapa pertandingan kebersihan kampung dan juga pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) sehingga keperingkat negeri. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh YB Ustaz Hj Khazan bin Che Mat. Semoga JKKK Bukit Wan akan terus cemerlang dimasa masa yang akan datang.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail)
...sedang menerima hadiah penghargaan dari YB Uztaz Hj
Khazan bin Che Mat (ADUN Batu Rakit)
Barisan tetamu vip yang hadir pada majlis tersebut.

Tiada ulasan: