31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Kami pihak kepimpinan Kampung Bukit Wan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan walaupun dimana jua anda berada agar kalian semua berada didalam setuasi  damai dan bahagia. Sesungguhnya dalam tahun 2012 yang lalu Kampung Bukit Wan telah banyak memahat kejayaan dan peristiwa peristiwa besar yang bersejarah seperti Keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu ke Kampung Bukit Wan dan Kampung Bukit Wan telah muncul johan dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Negeri Terengganu 2012 dan sekaligus mewakili Negeri Terengganu diperingkat kebangsaan. Sesungguhnya tahun 2012 telah banyak memlongjakkan nama Kampung Bukit Wan ke kemungcaknya dan berada dikelasnya yang tersendiri. Semoga semangat dan momenton tahun 2012 dapat diteruskan di tahun 2013 ini. Bersama samalah kita merealisasikan "Desa Cemerlang" dari  sudut jasmani dan juga rohani. 
S E L A M A T  T A H U N  B A R U  2 0 1 3
"Kampung Kita Tanggungjawab Kita"

25 Disember 2012

LAWATAN MUHIBBAH JKKK BANGGOL KATONG KE BUKIT WAN

Kampung Bukit Wan telah didatangi satu rombongan dari JKKK dan penduduk Kampung Banggol Katong yang seramai 70 orang. Rombongan ini tiba di Kampung Bukit Wan pada jam 11.30 pagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman) dan Penghulu Mukim (En Khairul Hisham). Majlis taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) disamping itu turut diadakan sesi tayangan video kampung "Bukit Wan Hari Ini" Setelah selesai sesi soal jawab, satu perlawanan bolasepak telah diadakan diantara belia Kampung Bukit Wan dengan belia Kampung Banggol Katong dengan kesudahan 1-1.

 

 

 Cenderahati dari JKKK Banggol Katong.



Cenderahati dari JKKK Bukit Wan.


Makan tengahari turut disediakan oleh pihak JKKK


Lawatan ke Taman Herba


Perlawanan bola sepak antara belia Bukit Wan melawan belia Banggol Katong

KELAB FUTSAL BUKIT WAN

Masih dalam proses lagi

18 Disember 2012

JKKK BUKIT WAN CEMERLANG 3 TAHUN BERTURUT TURUT


Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah dianugerahkan JKKK Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2012. Dengan kejayaan ini bermakna JKKK Bukit Wan telah memenangi anugerah ini tiga tahun berturut turut (2010, 2011 dan 2012). Majlis penyampaian hadiah ini telah diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Hj Wan Nawawi bin Wan Ismail.Tahniah buat barisan kepimpinan JKKK dan juga seluruh penduduk Kampung Bukit Wan. Ternyata semangat kerjasama, gotong royong dan semangat perpaduan serta idea idea kreatif telah membuahkan hasil. Yang pasti "Kampung Kita Tanggungjawab Kita"...Tahniah buat semua warga Bukit Wan walaupun dimana anda berada. Kampung kita tempat tumpahnya darah kita. 
BUKIT WAN JUARA LAGI.


 
 Sebahagian ahli JKKK Bukit Wan

 
Pegawai Daerah Kuala Terengganu Tn Hj Wan Nawawi bin Wan Ismail sedang menyampaikan ucapan perasmian
Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menerima hadiah dari Pegawai Daerah Kuala Terengganu

Pengerusi JKKK Bukit Wan telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang sambil diperhatikan oleh Pegawai daerah Kuala Terengganu.


Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan dipentas bersama hadiah yang dimenangi.

09 Disember 2012

KEMBALINYA TN HJ ISMAIL BIN MAMAT KE RAHMATULLAH


Dukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Ismail bin Mamat (Ayah kepada En Ambak bin Ismail - Setiausaha JKKK Bukit Wan) telah kembali kerahmatullah pada jam 11.00 pagi tadi (9/12/2012) dirumahnya iaitu di Kampung Bukit Wan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada malam ini (selepas isyak) di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Wan. Semoga roh allahyarham akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...Amin. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah...AL FATIHAH. Terima kasih.

18 November 2012

KEMBALINYA KERAHMATULLAH (TUAN HAJI NGAH BIN CIK NIK)

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ngah bin Cik Nik (Pok Ngah Cik) - (Bilal / Guru Al Quran) di Kampung Bukit Wan telah Kembali Kerahmatullah pada jam 4.30 petang tadi dirumahnya (Bukit Wan). Jenazah beliau akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bukit Wan pada malam ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang orong yang soleh. Amin. Al Fatihah....

12 November 2012

KELAB BOLA JARING

PROGRAM TITIAN KASIH POLITEKNIK D' DESA



Kampung Bukit Wan 11 Nov. - Seramai 117 pelajar dari tiga buah Politeknik bergabung menjayakan Program Titian Kasih Politeknik D' Desa bersama penduduk Kampung Bukit Wan Rakit dekat sini selama tiga hari yang berakhir hari ini. Selain pelajar Politeknik Kuala Terengganu yang menjadi anak angkat penduduk setempat, turut serta pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang dan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Para peserta yang menjadi anak angkat kepada 40 keluarga dilibatkan dengan pelbagai kegiatan bersama penduduk dan ia dijayakan hasil kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit WanPengarah politeknik tersebut, Radiah Che Su berkata, program Titian Kasih itu merupakan satu jenama bagi memperkukuhkan lagi program kemasyarakatan yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Katanya, ini merupakan salah satu dalam usaha untuk mendekatkan golongan pelajar dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan menyelami kehidupan mereka.
"Ia juga adalah manifestasi semangat sukarelawan yang tinggi yang dijalankan para pelajar terbabit melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh kami serta JKKK kampung ini.
"Semasa tinggal bersama keluarga angkat masing-masing, pelajar secara tidak langsung menjalani kegiatan seharian berasaskan kepada sosial ekonomi, budaya dan ruang lingkup kehidupan masyarakat," katanya ketika ditemui di majlis penutup program petang itu.
Menurut Radiah, penduduk Kampung Bukit Wan mewarisi semangat gotong-royong yang tinggi sehingga memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan boleh dicontohi oleh pelajar sendiri.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat ketika berucap pada majlis tersebut berkata, program seumpama itu amat bersesuaian serta berguna terhadap generasi muda kerana ia banyak memberi manfaat tentang kehidupan komuniti di sebuah kampung.
"Menerusi program ini para pelajar akan membawa pulang pengalaman baru seperti kemahiran komunikasi, corak kehidupan masyarakat kampung dan mengeratkan lagi hubungan antara golongan pelajar dengan masyarakat terutamanya keluarga angkat masing-masing," ujarnya

 Kain rentang program
Pelajar pelajar sedang bergotong royong
 Salah satu acara sukaneka
Sebahagian anak kampung yang menyertai acara sukaneka
 Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun) sedang
berbincang dengan YB Ustaz Khazan (ADUN Batu Rakit)
 Ucapan dari wakil pelajar...
 Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menyampaikan
ucapan pada majlis penutup program.
 YB Ustaz Khazan sedang memyampaikan ucapan dan merasmikan
majlis penutup program.

 Sebahagian dari tetamu tetamu vip yang menghadri
majlis penutup program.

 YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan hadiah
kepada pemenang acara sukaneka.
 Sebahagian dari Ahli Jawatankuasa JKKK Bukit Wan.

Simbolik penyerahan balik anak angkat.
 Pelajar pelajar memgambil kesempatan untuk bergambar kenang 
kenangan dengan YB Ustaz Khazan Che Mat (ADUN  Batu Rakit)


07 Oktober 2012

MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 KAMPUNG BUKIT WAN NEGERI TERENGGANU.

 Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2012 bagi Kampung Bukit Wan (Negeri Terengganu) baru saja selesai seperti yang dijadualkan. Majlis Penghakiman ini telah berlangsung pada 3 Oktober 2012 (Rabu) bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan.  Pada hari itu suasana kampung memang cukup bersih dan ceria. Banyak baner baner dan sepanduk sepanduk dipasang dikiri kanan jalan serta langskap langskap yang sangat cantik. Rata rata penduduk kampung amat teruja dengan suasana kampung yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Namun sebulan sebelum majlis penghakiman ini, pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung telah berkerja keras siang dan malam bagi menghiasi sekitar kampung. Semangat kerjasama dan amalan bergotong royong jelas dapat dilihat sepanjang persiapan ini dibuat. Golongan muda patut dipuji kerana merekalah yang menggerakkan dan menghidupkan program ini.
Baner Selamat Datang khas untuk Barisan Panel Hakim.

Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan ini bermula dengan ketibaan para para hakim yang disambut oleh pasukan motor berkuasa tinggi di Chabang Tiga Tepoh. Sebanyak 30 buah motor termasuk juga dari ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW). Para para  hakim ini diarak hingga sampai kepintu gerbang masuk kampung. Bila sampai disini, para hakim telah disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail serta Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Haji Wan Sulaiman Wan Muda. Dari pintu gerbang ini, para para hakim diarak dengan menaiki keretapi melalui jalan utama kampung dan terus dibawa ke Pusat pentadbiran JKKK Bukit Wan iaitu di Bangunan KRT. Sepanjang perjalanan itu para para hakim dapat melihat keadaan kampung yang sebenar sambil diberi taklimat oleh petugas dari JKKK.   

 
 Keretapi di Pintu Gerbang masuk kampung.

 
 Ahli Kelab Motor Bukit Wan yang mengetuai perarakan
menyambut ketibaan hakim.

 
 Keretapi yang membawa panel hakim
 Barisan panel hakim diarak ke Bangunan KRT oleh
 Kepimpinan dan penduduk kampung

Keretapi yang membawa para para hakim tadi terus kehadapan Masjid Bukit Wan dan disitu telah bersedia barisan kepimpinan JKKK dan penduduk kampung. Barisan JKKK Bukit Wan yang segak berbaju batik telah menyambut ketibaan para hakim ini dengan menyematkan bunga pada baju baju hakim. Dari hadapan masjid para hakim sekali lagi diarak dengan paluan kompang dan berzanji serta dihiasi dengan bunga mangar yang berwarna warni. Penduduk kampung turut serta dalam perarakan ini dan terus menuju ke Pusat Pentadbiran JKKK di Bangunan KRT. Sebelum memasuki dewan utama, nyanyi lagu Negara Ku telah diperdengarkan sambil menaikan Jalur Gemilang dan diikuti dengan lagu rasmi kampung iaitu "Bukit Wan Gemilang". Lagu kampung ini telah dinyanyikan secara langsung oleh Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan. 


Pegawai Daerah Kuala Terengganu sedang menyambut ketibaan 
para hakim di Pintu Gerbang masuk kampung.
 
 Pengerusi JKKK Bukit Wan mengiringi ketua hakim memasuki Dataran KRT Bukit wan
 
Nyanyian lagu kampung "Bukit Wan Gemilang" secara live dari Kumpulan
Koir Bukit Wan.
Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan

Didalam dewan, Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail) telah memulakan majlis dengan ucapan alu aluan kepada para para hakim dan semua yang hadir. Majlis ini terus diikuti dengan ucapan ketua para hakim dan seterusnya ucapan Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Untuk majlis penghakiman ini, sesi taklimat kampung kepada para hakim telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan. Setelah selesai sesi taklimat, para hakim dan semua yang hadir berehat sambil minum pagi. Sesi soal jawab diteruskan selepas itu dengan membicarakan 7 aspek penghakiman iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kebersihan dan Kesihatan, Keceriaan dan Keindahan, Kerohanian dan Sivik dan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Suasana dalam dewan Penghakiman


Ucapan alu aluan dari Pengerusi JKKK
Ucapan dari ketua panel hakim
Ucapan dari Pegawai Daerah Kuala Terengganu
(Tn Hj Wan Nawawi Wan Ismail)

Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menyampaikan taklimat

Setelah selesai sesi soal jawab, para para hakim dan tetamu telah disajikan dengan makan tengahari dan diikuti solat zohor berjemaah di Masjid Bukit Wan. Pada sebelah petang pula sesi lawatan ketempat tempat menarik dan tempat sumber ekonomi penduduk kampung. Antara tempat yang dilawati iaitu kilang roti, perusahaan ragi, perusahaan tudung, perusahaan karipap, perternakan ayam serama, homestay, tapak semaian pokok hiasan, perternakan lembu, taman herba dan juga syber cafe persendiran. Ditaman herba, pihak JKKK telah menyediakan minum petang khas buat para para hakim seperti air tongkat ali, kacip fatimah yang asli serta air kelapa muda. Disamping itu berbagai jenis buah buahan tempatan turut disajikan. Kuih kuih tradisional yang diperbuat dari ubi gadong turut disajikan.



Penulis blog...hulkali (tengah) bersama Penghulu Mukim dan ahli JKKK
Adun Batu Rakit...YB Ustaz Khazan turut sama hadir dalam majlis ini.

Kanak Kanak TBK bersalam salam dengan panel hakim diakhir majlis

Diakhir majlis, para hakim sekali lagi diarakan dari Taman herba dengan menaiki keretapi menuju kesempadan iaitu dipintu gerbang masuk kampung. Setibanya disitu para hakim disambut oleh pelajar pelajar tadika dengan mempersembahkan tarian "Kompang Berirama". Ternyata para para hakim amat teruja dan terhibur. Sebelum berlepas pulang para hakim telah bersalam salaman dengan barisan kepimpinan JKKK dan juga penduduk.


TV3 turut hadir membuat liputan dan menemubual ahli JKKK
dan penduduk kampung

Dalam Majlis Penghakiman ini, pihak JKKK dan penduduk Kampung Bukit Wan  telah berusaha untuk sesuatu yang terbaik untuk kampung, dun, daerah dan juga negeri. Sesungguhnya Anugerah Desa Cemerlang ini talah banyak membawa perubahan pada langskap kampung dan perubahan minda penduduk kampung. Pihak JKKK dan seluruh penduduk kampung amat berharap agar nama Kampung Bukit Wan tercatat dalam sejarah ADC iaitu kampung yang pernah muncul johan di Peringkat Kebangsaan. Semoga impian menjadi realiti. Tapi yang pasti "Kampung Kita Tanggungjawab Kita".

Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar kenang kenangan bersama barisan 
panel hakim dan juga YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit)