07 Oktober 2012

MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 KAMPUNG BUKIT WAN NEGERI TERENGGANU.

 Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2012 bagi Kampung Bukit Wan (Negeri Terengganu) baru saja selesai seperti yang dijadualkan. Majlis Penghakiman ini telah berlangsung pada 3 Oktober 2012 (Rabu) bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan.  Pada hari itu suasana kampung memang cukup bersih dan ceria. Banyak baner baner dan sepanduk sepanduk dipasang dikiri kanan jalan serta langskap langskap yang sangat cantik. Rata rata penduduk kampung amat teruja dengan suasana kampung yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Namun sebulan sebelum majlis penghakiman ini, pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk kampung telah berkerja keras siang dan malam bagi menghiasi sekitar kampung. Semangat kerjasama dan amalan bergotong royong jelas dapat dilihat sepanjang persiapan ini dibuat. Golongan muda patut dipuji kerana merekalah yang menggerakkan dan menghidupkan program ini.
Baner Selamat Datang khas untuk Barisan Panel Hakim.

Majlis Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan ini bermula dengan ketibaan para para hakim yang disambut oleh pasukan motor berkuasa tinggi di Chabang Tiga Tepoh. Sebanyak 30 buah motor termasuk juga dari ahli Kelab Motor Bukit Wan (KMBW). Para para  hakim ini diarak hingga sampai kepintu gerbang masuk kampung. Bila sampai disini, para hakim telah disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail serta Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu iaitu Tn Haji Wan Sulaiman Wan Muda. Dari pintu gerbang ini, para para hakim diarak dengan menaiki keretapi melalui jalan utama kampung dan terus dibawa ke Pusat pentadbiran JKKK Bukit Wan iaitu di Bangunan KRT. Sepanjang perjalanan itu para para hakim dapat melihat keadaan kampung yang sebenar sambil diberi taklimat oleh petugas dari JKKK.   

 
 Keretapi di Pintu Gerbang masuk kampung.

 
 Ahli Kelab Motor Bukit Wan yang mengetuai perarakan
menyambut ketibaan hakim.

 
 Keretapi yang membawa panel hakim
 Barisan panel hakim diarak ke Bangunan KRT oleh
 Kepimpinan dan penduduk kampung

Keretapi yang membawa para para hakim tadi terus kehadapan Masjid Bukit Wan dan disitu telah bersedia barisan kepimpinan JKKK dan penduduk kampung. Barisan JKKK Bukit Wan yang segak berbaju batik telah menyambut ketibaan para hakim ini dengan menyematkan bunga pada baju baju hakim. Dari hadapan masjid para hakim sekali lagi diarak dengan paluan kompang dan berzanji serta dihiasi dengan bunga mangar yang berwarna warni. Penduduk kampung turut serta dalam perarakan ini dan terus menuju ke Pusat Pentadbiran JKKK di Bangunan KRT. Sebelum memasuki dewan utama, nyanyi lagu Negara Ku telah diperdengarkan sambil menaikan Jalur Gemilang dan diikuti dengan lagu rasmi kampung iaitu "Bukit Wan Gemilang". Lagu kampung ini telah dinyanyikan secara langsung oleh Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan. 


Pegawai Daerah Kuala Terengganu sedang menyambut ketibaan 
para hakim di Pintu Gerbang masuk kampung.
 
 Pengerusi JKKK Bukit Wan mengiringi ketua hakim memasuki Dataran KRT Bukit wan
 
Nyanyian lagu kampung "Bukit Wan Gemilang" secara live dari Kumpulan
Koir Bukit Wan.
Kumpulan Koir Kampung Bukit Wan
Barisan kepimpinan JKKK Bukit Wan

Didalam dewan, Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun bin Ismail) telah memulakan majlis dengan ucapan alu aluan kepada para para hakim dan semua yang hadir. Majlis ini terus diikuti dengan ucapan ketua para hakim dan seterusnya ucapan Pegawai Daerah Kuala Terengganu. Untuk majlis penghakiman ini, sesi taklimat kampung kepada para hakim telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan. Setelah selesai sesi taklimat, para hakim dan semua yang hadir berehat sambil minum pagi. Sesi soal jawab diteruskan selepas itu dengan membicarakan 7 aspek penghakiman iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kebersihan dan Kesihatan, Keceriaan dan Keindahan, Kerohanian dan Sivik dan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Suasana dalam dewan Penghakiman


Ucapan alu aluan dari Pengerusi JKKK
Ucapan dari ketua panel hakim
Ucapan dari Pegawai Daerah Kuala Terengganu
(Tn Hj Wan Nawawi Wan Ismail)

Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menyampaikan taklimat

Setelah selesai sesi soal jawab, para para hakim dan tetamu telah disajikan dengan makan tengahari dan diikuti solat zohor berjemaah di Masjid Bukit Wan. Pada sebelah petang pula sesi lawatan ketempat tempat menarik dan tempat sumber ekonomi penduduk kampung. Antara tempat yang dilawati iaitu kilang roti, perusahaan ragi, perusahaan tudung, perusahaan karipap, perternakan ayam serama, homestay, tapak semaian pokok hiasan, perternakan lembu, taman herba dan juga syber cafe persendiran. Ditaman herba, pihak JKKK telah menyediakan minum petang khas buat para para hakim seperti air tongkat ali, kacip fatimah yang asli serta air kelapa muda. Disamping itu berbagai jenis buah buahan tempatan turut disajikan. Kuih kuih tradisional yang diperbuat dari ubi gadong turut disajikan.



Penulis blog...hulkali (tengah) bersama Penghulu Mukim dan ahli JKKK
Adun Batu Rakit...YB Ustaz Khazan turut sama hadir dalam majlis ini.

Kanak Kanak TBK bersalam salam dengan panel hakim diakhir majlis

Diakhir majlis, para hakim sekali lagi diarakan dari Taman herba dengan menaiki keretapi menuju kesempadan iaitu dipintu gerbang masuk kampung. Setibanya disitu para hakim disambut oleh pelajar pelajar tadika dengan mempersembahkan tarian "Kompang Berirama". Ternyata para para hakim amat teruja dan terhibur. Sebelum berlepas pulang para hakim telah bersalam salaman dengan barisan kepimpinan JKKK dan juga penduduk.


TV3 turut hadir membuat liputan dan menemubual ahli JKKK
dan penduduk kampung

Dalam Majlis Penghakiman ini, pihak JKKK dan penduduk Kampung Bukit Wan  telah berusaha untuk sesuatu yang terbaik untuk kampung, dun, daerah dan juga negeri. Sesungguhnya Anugerah Desa Cemerlang ini talah banyak membawa perubahan pada langskap kampung dan perubahan minda penduduk kampung. Pihak JKKK dan seluruh penduduk kampung amat berharap agar nama Kampung Bukit Wan tercatat dalam sejarah ADC iaitu kampung yang pernah muncul johan di Peringkat Kebangsaan. Semoga impian menjadi realiti. Tapi yang pasti "Kampung Kita Tanggungjawab Kita".

Kepimpinan JKKK Bukit Wan bergambar kenang kenangan bersama barisan 
panel hakim dan juga YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit)