01 Februari 2012

LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN NILAI NEGERI SEMBILAN

 Pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan sentiasa merancang dan memikirkan sesuatu untuk kebaikan penduduk kampung secara keseluruhannya. Dari dulu hingga kini bermacam macam program telah dilaksanakan sama ada berbentuk riadah dan keilmuan serta dilaksana didalam kampung mahupun diluar kampung. Pada 26 Januari 2012 pihak JKKK Kampung Bukit Wan telah berjaya mengadakan satu lawatan bermaklumat sambil belajar ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai Negeri Sembilan dengan menyediakan 4 buah bas. Sambutan dari penduduk kampung amat menbanggakan dan ia turut melibatkan semua lapisan masyarakat. Pihak JKKK telah menyediakan sebuah bas khas untuk para belia. Rombongan ini telah bertolak pada jam 9.30 malam terus menuju ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur para ahli rombongan telah dibawa melawat Menara KLCC dan Dataran Merdeka. Selepas itu ahli rombongan terus ke Putrajaya. Apabila sampai di Putrajaya ahali rombongan telah disambut oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) yang kebetulan berada di Putrajaya. YB Ustaz Khazan sempat beramah mesra dengan ahli rombongan dan beliau turut menyediakan jamuan makan tengahari kepada semua ahli rombongan. Pada sebelah petang pula, ahli rombongan telah dibawa ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk membeli belah. Pada jam 4.30 petang rombongan ini telah bertolak pulang kampung dan selamat tiba di Kampung Bukit Wan pada jam 2.15 pagi. Secara tidak langsung program lawatan ini telah merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk kampung dan juga boleh membuka minda dan pemikiran tentang keadaan dunia luar. Pihak penduduk kampung secara amnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JKKK kerana mengadakan program lawatan seperti ini. Diharapkan agar pihak JKKK akan terus peka pada permasalah dan keperluan serta mengambil keceknaan pada seluruh penduduk kampung dimasa masa akan datang.
Pengerusi JKKK (Tn Hj Chek Harun)..sedang meneliti senarai
nama bagi menentukan bas mana perlu dinaiki
 Pemandangan dalam bas sebelum bertolak...
 Sempat bergambar di Dataran Merdeka
 Dihadapan Masjid Putrajaya
 Sebahagian peserta rombongan sempat bergambar beramai ramai
dihadapan Masjid Wilayah
 Berehat seketika
Sebahagian pemuda dan belia yang menyertai 
rombongan ini bergambar di Putrajaya.
 
Kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang berbual bual
dengan YB Ustaz Khazan di Putrajaya.
YB Ustaz Khazan sempat meninjau bas rombongan
dan bertanya khabar ahli rombongan.
 Peserta rombongan bergambar beramai ramai bersama
YB Ustaz Khazan dan kepimpinan JKKK sebelum pulang.

Tiada ulasan: