03 Oktober 2012

PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK MAJLIS PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Kampung Bukit Wan kini telah jauh berubah berbanding beberapa tahun yang lalu. Suasana kampung yang bergitu ceria dengan pokok pokok hiasan disepanjang kiri kanan jalan utama. Keadaan ini berlaku kerana Kampung Bukit Wan akan mewakili Negeri Terengganu bagi Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2012 ini. Kerja kerja menghiasi kawasan sekitar kampung berjalan dengan lancar dan mengikut jadul seperti yang dirancangkan.