27 Februari 2009
25 Februari 2009
CATATAN SEMASA DARI PENULIS BLOG...HULKALI
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi KRT dan semua Ajk KRT Kg Bukit Wan kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan memancing pada 21 Februari 2009 yang baru lalu. Segala perancangan yang dirangka telah berjalan dengan lancar mengikut jadual. Semua ini terhasil dari kerjasama semua ahli dan ini telah mencerminkan persepakatan dalam satu pasukan. Pada hemat saya... program seperti ini perlu diadakan lagi dari masa kesemasa tapi janganlah tumpu pada satu acara tertentu sahaja. Setiap dari kita mempunyai citarasa berbeza dan minat yang berlainan. Maka pengurusan kampung haruslah bijak menilai dan memilih program untuk anak kampung agar matlamat dan tujuan akan tercapai. Pada pendapat saya, pengurusan kampung haruslah memberi tumpuan yang lebih pada golongan yang bermasalah iaitu ORANG MUDA. Andainya masalah ORANG MUDA selesai dalam kampung kita, maka damailah kampung kita. Maka pengurusan kampung haruslah bijak mencari jalan atau mengilhamkan satu pendekatan untuk meleraikan permasalahan yang timbul. Yang pasti ORANG MUDA perlu didampingi, dimesrakan, dihiburkan dan ambil tahu permasalahan mereka dengan cara berhermat dan bukan dengan kekerasan atau paksa. ORANG MUDA jiwanya mudah memberontak dan suka mencabar serta mudah berdendam. Walaubagaimana pun , pihak JKKK dan KRT lebih arif dan lebih tahu apa sebenarnya yang bermasalah dan apa puncanya. Setiap program yang dirangka pasti ada tujuan dan matlamatnya. Maka fokuskan pada matlamat dan tujuannya. Pasti berhasil akhirnya. Yang pasti ''TIADA HALANGAN HANYA PELUANG''. Sekian, Terima Kasih.......iklas dari...Hulkali.Orang penting dalam kampung.
Dari kiri Che Harun Ismail (Pengerusi JKKK & KRT) Fikri, Marzuki, Zahari, Ambak
(Ketua Pemuda & S/U KRT) dan Cikgu Aziz.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL 1430 H.
Sila hayati sedikit ceramah agama yang berkisar tentang Maulidul Rasul. Sama samalah kita hayatinya....24 Februari 2009
LAGI KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN (24 FEB 2009)- DUA BERADIK RAIH KEJAYAN DALAM PERTANGING MEMANCING
BUKIT WAN - Penyertaan dua beradik pada Pertandingan Memancing Ikan Darat, walaupun masing-masing baru berumur 6 dan 4 tahun berbaloi apabila kedua-duanya mendapat tempat pada pertandingan itu.Ayah kanak-kanak terbabit, Saidi Ismail, 45, berkata, penyertaan keluarganya bukan sahaja bagi memenuhi masa lapang tetapi mendidik anaknya supaya lebih penyabar namun tidak menyangka mereka mampu meraih hadiah ditawarkan."Ia adalah penyertaan pertama Muhamad Zulshami, 6, dan adiknya, Muhamad Zulhakim, 4, pada pertandingan memancing."Alhamdulillah, pertandingan ini sememangnya amat bermakna kerana Muhamad Zulshami berjaya mendapat tempat kedua dan adiknya pula mendapat tempat ketiga."Saya sama sekali tidak menyangka penyertaan mereka membawa kejayaan amat membanggakan."Mereka tidak memerlukan umpan mahal sebaliknya hanya menggunakan cacing sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Selain Muhamad Zulshami dan Muhamad Zulhakim, seramai 50 kanak-kanak lain turut mencuba nasib pada pertandingan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Wan.Ia diadakan di sepanjang tali air Kepas yang dimenangi Mohd Faiz Ambak, 11.Menurut penyelaras program, Chek Harun Ismail, 56, pertandingan itu mendapat sokongan daripada semu penduduk dan ia diadakan sebagai langkah proaktif KRT bagi mewujudkan perpaduan yang akrab dalam kalangan penduduk."Pihak kami menyediakan hadiah bagi tiga kategori utama iaitu dewasa, wanita dan kanak-kanak."Johan setiap kategori, masing-masing menerima wang tunai RM50 dan hamper, kedua (RM40 dan hamper) dan tempat ketiga (RM30 dan hamper)."Sebenarnya, menang atau kalah tidak penting, sebaliknya kepuasan yang diperoleh ketika memancing bersama keluarga yang diinginkan," katanya.
23 Februari 2009
DARI KERATAN AKHBAR - SINAR HARIAN (23 FEB 2009)
Disini dipaparkan beberapa foto yang telah dipetik dari akhbar Sinar Harian yang bertarikh 23 Februari 2009 yang menceritakan tentang Pertandingan Memancing Anjuran KRT yang berlangsung di Jambatan Kempas Kampung Bukit Wan pada petang 21 Feb 2009 yang lalu.
Kenangan: Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Kg Bukit Wan, bergambar selepas berakhirnya Pertandingan MemancingIkan Darat yang diadakan
di Jambatan Kempas, Kg Bukit Wan Batu Rakit.
21 Februari 2009
PERTANDINGAN MEMANCING PADA 21 FEB 2009 ANJURAN KRT.
Pertandingan memancing telah diadakan pada 21 Feb 2009 yang bertempat di Jambatan Kempas kampung Bukit Wan yang bermula pada jam 3.00 petang. Seperti biasa program seperti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat. Program ini dianjurkan oleh KRT dengan kerjasama JKKK kampung Bukit Wan. Pertandingan kali ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak kanak bawah 12 tahun. Program kali ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Dearah Kuala Terengganu. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk setempat dan mengekalkan semangat kejiranan serta saling bantu membantu antara satu sama yang lain. Dengan adanya program seperti ini juga, kita dapat melihat semua peringkat masyarakat dan dapat bertemu sesama sendiri serta dapatlah bertanya khabar pada rakan yang sebelum ini jarang dapat bertemu. Dalam pertandingan kali ini banyak hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya barangan elektrik dan juga hamper. Selain dari hadiah untuk pemenang, pihak penganjur juga turut menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk peserta dan juga pengunjung. Pertandingan ini berakhir pada jam 5.45 petang. Semuga program seperti ini terus dapat diadakan dari masa kesemasa demi kebaikan penduduk setempat khasnya dan negara amnya. Dibawah ini dipaparkan foto foto yang sempat dirakam untuk tatapan anda.
Poster promosi pertandingan memancing
Suasana dihari pertandingan berlangsung
Kecil besar tua muda...semuanya ada. Semangat perpaduan
jelas kelihatan disini. Hasil dari program seperti ini.
Sibuk...kehadiran para peserta
Antara yang bertuah dapat hadiah... (Afikah dan Faiz)
Cabutan bertuah sedang berlangsung ....telus dan adil
Sedang menerima hadiah dari Pengerusi KRT.
Antara yang bertuah...Idah B'eri.
kanak kanak bawah 12 tahun
Golongan veteren turut beri sokongan ...hormatilah yang tua
Antara hadiah hadiah yang disediakan oleh penganjur..
Ikan ni aci dok?.....(poteng)
Ikan sedang ditimbang oleh juri....
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian.
bergaya dan bersemangat... (kategori bawah 12 tahun)
Antara ikan ikan yang telah dipancing.
19 Februari 2009
MESYUARAT GASING
Satu mesyuarat gasing telah diadakan pada 15 Feb 2009 bertempat dirumah Cikgu Aziz pada jam 9.15 malam. Turut hadir sama pengerusi JKKK (Che Harun Ismail) dan ahli ahli pasukan gasing. Mesyuarat telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perlawanan gasing pada tahun ini. Pengerusi mesyuarat (Cikgu Aziz) telah membuat keputusan bahawa Kg Bukit Wan sekali lagi akan menyertai pertandingan gasing yang dijangka akan bermula pada pertengahan Mac depan bertempat di Wakaf Cagak. Maka dengan ini persiapan awal perlu dilakukan termasuklah membuat padang gasing baru, gasing untuk latihan, gasing untuk perlawanan sebenar dan lain lain alat yang perlu untuk pertandingan ini. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 malam dan sedikit jamuan (mee mamat) telah disediakan oleh tuan rumah (terima kasih tuan rumah).
12 Februari 2009
MESYUARAT KRT PADA 10 FEB 2009
Mesyuarat KRT telah di adakan pada 10 Februari 2009 di bangunan KRT yang baru lalu. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 malam yang turut di hadiri oleh Pegawai Perpaduan Dearah Kuala Terengganu. Kehadiran ahli amat memuaskan dan ini telah mengcerminkan semangat kerjasama dalam satu pasukan di kampung Bukit Wan terus utuh dan keadaan ini perlu dipertahankan. Dalam mesyuarat ini banyak hal telah diperbincangkan dan dibangkitkan. Antara agenda penting yang dibincangkan ialah soal keselamatan di dalam kampung di waktu siang mahu pun malam. Unit kawalan kampung akan dikemaskinikan lagi agar lebih mantap sesuai dengan keadaan semasa. Rondaan akan diperketetkan lagi serta bilangan anggota akan ditambahkan yang terdiri dari golongan belia yang berminat. Tujuan utama rondaan adalah untuk mencegah dari berlakunya kejadian pecah rumah, penyalahgunaan dadah, sumbangmahram dan sebagainya.
Mesyuarat juga telah memperbincangkan dengan panjang lebar tentang kebersihan di dalam kampung. Ketua ketua zon haruslah memainkan peranan yang penting untuk menggerakan ahlinya bagi memastikan setiap zon terus menjaga kebersihan masing masing. Dalam pada itu satu gotong royong perdana akan di adakan tidak lama lagi. Program gotong royong ini akan melibatkan semua golongan, khasnya golongan belia agar pada masa yang sama ia dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim sesama sendiri. Selain dari itu agar suasana kampung terus bersih dan bebas dari gejala denggi dan lain lain penyakit yang berjangkit. Selain dari itu juga mesyuarat pada malam itu telah memutuskan untuk mengadakan satu pertandingan memancing. Tarikh dan dimana dilangsungkan akan diberitahu kemudian.
Mungkin ramai dari kita tidak faham apa itu KRT? KRT adalah Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
01 Februari 2009
Langgan:
Catatan (Atom)