BUKIT WAN - Penyertaan dua beradik pada Pertandingan Memancing Ikan Darat, walaupun masing-masing baru berumur 6 dan 4 tahun berbaloi apabila kedua-duanya mendapat tempat pada pertandingan itu.Ayah kanak-kanak terbabit, Saidi Ismail, 45, berkata, penyertaan keluarganya bukan sahaja bagi memenuhi masa lapang tetapi mendidik anaknya supaya lebih penyabar namun tidak menyangka mereka mampu meraih hadiah ditawarkan."Ia adalah penyertaan pertama Muhamad Zulshami, 6, dan adiknya, Muhamad Zulhakim, 4, pada pertandingan memancing."Alhamdulillah, pertandingan ini sememangnya amat bermakna kerana Muhamad Zulshami berjaya mendapat tempat kedua dan adiknya pula mendapat tempat ketiga."Saya sama sekali tidak menyangka penyertaan mereka membawa kejayaan amat membanggakan."Mereka tidak memerlukan umpan mahal sebaliknya hanya menggunakan cacing sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Selain Muhamad Zulshami dan Muhamad Zulhakim, seramai 50 kanak-kanak lain turut mencuba nasib pada pertandingan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Wan.Ia diadakan di sepanjang tali air Kepas yang dimenangi Mohd Faiz Ambak, 11.Menurut penyelaras program, Chek Harun Ismail, 56, pertandingan itu mendapat sokongan daripada semu penduduk dan ia diadakan sebagai langkah proaktif KRT bagi mewujudkan perpaduan yang akrab dalam kalangan penduduk."Pihak kami menyediakan hadiah bagi tiga kategori utama iaitu dewasa, wanita dan kanak-kanak."Johan setiap kategori, masing-masing menerima wang tunai RM50 dan hamper, kedua (RM40 dan hamper) dan tempat ketiga (RM30 dan hamper)."Sebenarnya, menang atau kalah tidak penting, sebaliknya kepuasan yang diperoleh ketika memancing bersama keluarga yang diinginkan," katanya.