19 Februari 2009

MESYUARAT GASING

Satu mesyuarat gasing telah diadakan pada 15 Feb 2009 bertempat dirumah Cikgu Aziz pada jam 9.15 malam. Turut hadir sama pengerusi JKKK (Che Harun Ismail) dan ahli ahli pasukan gasing. Mesyuarat telah membincangkan dengan panjang lebar tentang perlawanan gasing pada tahun ini. Pengerusi mesyuarat (Cikgu Aziz) telah membuat keputusan bahawa Kg Bukit Wan sekali lagi akan menyertai pertandingan gasing yang dijangka akan bermula pada pertengahan Mac depan bertempat di Wakaf Cagak. Maka dengan ini persiapan awal perlu dilakukan termasuklah membuat padang gasing baru, gasing untuk latihan, gasing untuk perlawanan sebenar dan lain lain alat yang perlu untuk pertandingan ini. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 malam dan sedikit jamuan (mee mamat) telah disediakan oleh tuan rumah (terima kasih tuan rumah).