15 Oktober 2009

AL FATIHAH...UNTUK SULONG BIN MAMAT (AYAH MIE LONG) KERANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Dukacita dimaklumkan bahawa En Sulong bin Mamat iaitu ayah kepada Mie Long Kedai telah kembali ke rahmatullah pada 14 Oktober 2009 iaitu pada jam 10.00 malam. Kematian beliau disebabkan oleh serangan jantung yang telah sekian lama dialaminya. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Wan pada jam 11.00 pagi pada 15 Oktober 2009. Semua penduduk Kampung Bukit Wan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh...AL FATIHAH

"SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU DATANGNYA DENGAN TIBA TIBA DAN TIADA MENGENAL SESIAPA"

Tiada ulasan: