10 Oktober 2009

MAJLIS AIDILFITRI DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH PERPADUAN NEGERI TERENGGANU DI KAMPUNG BUKIT WAN 2009.

Kampung Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program kemasyarakatan untuk masyarakat setempatnya. Dan terkini adalah program Majlis Aidilfitri Dan Ramah Mesra Dengan Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu yang dianjurkan khas oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi kawasan Kuala Terengganu Utara yang diadakan di Kampung Bukit Wan. Pada 10 Oktober 2009 telah terpahat satu lagi sejarah bagi kampung Bukit Wan kerana telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Aidilfitri pada tahun 2009 ini bagi dearah Kuala Terengganu Utara. Beberapa hari sebelum majlis ini diadakan, penduduk kampung telah bertungkus lumus membuat persiapan termasuklah mengadakan majlis bergotong royong dan persediaan bahan bahan untuk menu pada program tersebut. Kampung Bukit Wan telah terkenal dengan masyarakatnya yang bersatupadu dan tolong menolong diantara satu sama lain serta mempunyai semangat kejiranan yang masih utuh. Dengan ini segala kerja atau setiap program yang diadakan pasti dapat dijalankan dengan sebaiknya. Pada Majlis Aidilfitri ini, bermula jam 7.00 pagi lagi penduduk kampung telah pun berkumpul di Bangunan KRT bagi menjalankan kerja kerja melampah daging untuk kaum lelaki manakala kaum wanita pula sibuk dengan bahan bahan dapurnya. Pada sesi ini kita dapat melihat semangat berkerjasama dan kemesraan jelas terpancar pada setiap individu yang hadir. Manakala golongan belia dan remaja juga turut sama membantu dan memeriahkan lagi suasana. Atucara majlis yang rasmi ini bermula pada jam 10.30 pagi hingga pukul 2.00 petang. Pada pukul 10.25 pagi, pegawai dari Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu telah sampai dan disambut oleh Ahli Jawatankuasa KRT dengan paluan kompang serta perarakan bunga manggar. Dalam majlis ini, pegawai dari Jabatan Perpaduan turut menyampaikan ucapan. Namun sebelum itu ketua KRT bagi Kawasan Kuala Terengganu Utara iaitu Che Mat Che Bakar juga turut menyampaikan ucapan alu aluan. Dalam majlis ini juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Tuan Haji Khazan bin Che Mat dan isteri juga turut hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis Sambutan Hari Raya ini. Diramalkan lebih satu ribu orang telah menghadiri majlis ini dan ada juga kaum Toi Chua juga turut sama menghadir dan ini amat bertempatan dengan konsep 1 Malaysia. Antara menu yang disediakan ialah nasi putih berlauk daging masak kawah, sayur lemak labu, acar timun, ikan kering, belacan dan ulam ulaman. Rojak betik juga turut dihidang berserta dengan tapai daun getah. Semasa majlis jamuan berlangsung, para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan live dari pelajar pelajar STEMZA dengan lagu lagu raya dan juga lagu dari mp3 yang diputarkan. Dalam majlis ini juga pihak KRT turut menghulurkan sumbangan kepada pelajar pelajar yang kurang bernasib dan ia disampaikan oleh YB Khazan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pelajar pelajar Pembantu Kesihatan Awam (PKA) Batu Rakit yang sama sama membantu membuat persiapan pada majlis ini. Program ini berakhir pada jam 2.30 petang dan kerja kerja mengemas peralatan terus diadakan secara bersama.
PIHAK KRT BUKIT WAN MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS INI. SEMOGA KERJASAMA YANG SEBERGINI AKAN BERTERUSAN DIMASA MASA YANG AKAN DATANG. TERIMA KASIH SEMUA.
Kain rentang Majlis Aidilfitri Dan Ramah Mesra Pukul 7.15 pagi...dah penuh. Gotong royong
lampah daging. Jelas... semangat kerjasama dan bersatupadu masih utuh. Masing masing dengan tugasnya yang tersendiri. Ada cerita dalam cerita...fahamilah. Orang dapur yang paling sibuk...baju kuning (Arun Asli) Dua generasi di satu zaman.
Macam macam gelagat... jelas kemesraan ada disini. Baju kuning (Ripin)...apa kena tu...
cuba fikirkan apa mesejnya.
Orang Muda...yang banyak membantu pada
majlis ini. Terima kasih banyak banyak....
Dari dapur KRT... Kerja memasak sedang rancak berjalan.
Sebahagian belia dan remaja yang menghiasi program. Nasi Manggat...turut disediakan sebagai cenderahati
untuk tetamu jemputan.
Tiga Mak Dara Bukit Wan yang sedondong.
Macam boria je....
Pengerusi KRT Bukit Wan (Chek Harun) dan
Pengerusi KRT Dearah Kuala Terengganu
Utara (Che Mat Che Bakar)
Team Kompang Bukit Wan yang terkini.
Pembawa bunga manggar dan team kompang
sedang menunggu ketibaan tetamu VIP.
Tetamu dari Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu
disambut dan diarakkan ke Bangunan KRT.
Bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Iman
Masjid Bukit Wan..(Pak Su Aji)
AJK KRT...sedang mengaminkan doa.
Malu ada, suka ada, senyum ada dan macam
macam ada.
Che Mat Che Bakar ...
sedang menyampaikan ucapan.
Barisan tetamu VIP yang hadir termasuk YB Khazan.
Pegawai dari Jabatan Perpaduan sedang
memyampaikan ucapan alu aluan.
Beri sumbangan...YB Khazan sedang menghulurkan
sumbangan kepada salah seorang pelajar yang
kurang bernasib baik.
Kaum Toi Chua turut sama memeriahkan majlis.
Bersama kearah 1 Malaysia.
Mungkin ada sesuatu yang dibincangkan.
Mungkin ada program lagi ke selepas ni
di KRT Bukit Wan. Ramak je lah tu...
Pengerusi KRT...sedang memyampaikan
cenderahati kepada wakil PKA Batu Rakit.
Cenderahati untuk YB...Pulut kuning.
AJK KRT (Puan Fatimah)... sempat lagi
bergambar dengan isteri YB Khazan.
Buat kenang kenangan.
Muzik live...dari pelajar STEMZA yang glamur. Barisan artis STEMZA...anda berbakat.
Che Mat Che Bakar... turut memeriah majlis dengan
lagunya yang tersendiri.
AJK KRT...turut mencuba peralatan muzik.
Nyata anda berbakat. Banyakkan latihan.
Artis artis STEMZA bersama SIFU nya bergambar
kenang kenangan dengan Pengerusi KRT.
Pelajar pelajar PKA Batu Rakit juga sempat bergambar
Ada cara dan ada gaya...
The KRT Kit One.
Tiada halangan hanyalah peluang
Barisan Kepimpinan KRT Bukit Wan 2009.
Anda adalah peneraju dan pengerak komuniti
kampung. Fikirkan formula terbaik untuk
"Anak Kampung"
SALAM PERPADUAN DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Tiada ulasan: