08 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DI KAMPUNG BUKIT WAN

Majlis sambutan hari raya akan diadakan pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) yang bertempat dibangunan KRT kampung Bukit Wan. Majlis ini dianjurkan oleh KRT dengan kerjasama pihak JKKK. Kerja kerja persiapan tempat akan dijalankan pada petang Jumaat (9 Oktober 2009) yang memerlukan ramai sukarelawan kampung untuk menyelesaikannya. Pada majlis ini seekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk dan disamping itu kuih kuih raya yang beraneka jenis akan dihidangkan termasuk kuih tradisional. Lantaran dengan itu pihak KRT dan pihak JKKK menjemput semua warga Bukit Wan untuk datang menjamu selera dan memeriahkan lagi suasana majlis.
SELAMAT DATANG KE KRT.

Bangunan KRT Kampung Bukit Wan

Tiada ulasan: