Kampung Bukit Wan mempunyai kawasan tanah pertanian yang agak luas serta tanahnya yang subur dan sangat sesuai untuk bercucuk tanam khasnya sayur sayuran. Walaupun kini di setengah - setengah tempat tanaman sayur banyak kawasan telah ditengelami air, namun keadaan disini adalah disebaliknya. Tanaman timun batang di Kampung Bukit Wan iaitu di Kampung Gong terus subur tanpa gangguan air yang berlebihan (corok air). Kebun sayur ini adalah milik Tuan Hj Wahab bin Abdul Rahman atau lebih mesra dengan pangilan Pok Hulk. Seorang pesara kerajaan yang baru berkecimpun dalam bidang pertanian ini. Nyata beliau berpuas hati dengan hasil yang diperolehi dan akan melipat gandakan usaha ini dengan memperbagaikan lagi jenis tanaman dan sayuran. Selain dari timun batang beliau juga sedang usahakan tanaman jagung manis.
"BERBAKTI PADA TANAH LAMBAT LAUN DAPAT JUGA HASILNYA"
Tuan punya kebun... Pok Hulk
bercucuk tanam sepanjang tahun.
hasil yang terbaik.
Buah timun batang muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan