19 Disember 2009

PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT KE KELANTAN ANJURAN PEMUDA UMNO BUKIT WAN.

Pada tanggal 18 Disember 2009 yang baru lalu, satu lawatan bermaklumat telah diadakan dengan melibatkan golongan belia dan beliawanis Kampung Bukit Wan. Program lawatan ini adalah berkat usaha barisan kepimpinan kampung yang menghargai jasa dan sumbangan belia kepada kampung. Ianya dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan yang diketuai oleh Saudara Ambak bin Ismail selaku Ketua Pemuda. Program ini juga mendapat kerjasama dan sokongan pihak Jkkk dan juga Rukun Tetangga Bukit Wan. Dalam program lawatan ini seramai 70 orang belia dan beliawanis telah menyertai rombongan ini. Pihak penganjur telah menyediakan sebuah bas dan 5 buah kereta serta 2 buah van. Segala kos pengangkutan ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Pemuda dan juga orang perseorangan. Rombongan ini telah bertolak pada pukul 8.15 pagi dan terus kedestinasi yang pertama iaitu ke Rantau Panjang. Dikesempatan ini ramai peserta rombongan telah mengambil peluang untuk membeli belah barangan dengan harga yang lebih murah. Disepanjang perjalanan ke Rantau Panjang kita dapat melihat kegembiraan dan keceriaan para anak anak muda kita yang mungkin jarang mengikuti program yang seperti ini. Disamping membeli belah di Rantau Panjang, rombongan ini juga turut mengadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring persahabatan. Semua ini telah dirancang dan diatur dari awal oleh pihak penganjur. Perlawanan bola sepak ini telah diadakan di Tendong Kubang Sepat Pasir Mas dengan melawan team 1 Belia Malaysia Tendong bergitu juga dengan bola jaring. Sebelum perlawanan diadakan, rombongan Pemuda ini telah diberi sambutan yang agak istimewa oleh barisan kepimpinan KRT Tendong. Dalam majlis ini turut diadakan ucapan oleh kedua dua belah pihak. Rombongan Pemuda telah diwakili oleh saudara Ambak manakala wakil Tendong telah diwakili oleh Pengerusi KRT nya. Diakhir majlis ini peserta rombongan telah disajikan minum petang dan makan laksa. Dalam perlawanan bola sepak, team Pemuda Bukit Wan telah menundukkan team Belia 1 Malaysia Tendong 2-1 manakala team bola jaring juga turut menang dengan kiraan 17 - 9. Rata rata para peserta rombongan telah berpuashati dengan program ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pemuda Umno kerana telah menganjurkan program ini dengan jayaanya. Dengan adanya program yang seperti ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan belia dan remaja kita serta secara tidak langsung ia boleh membuka minda kita. Semoga Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan akan terus peka kepada golongan pemuda dan remaja kita dalam urusan seharian. Dengan "KECAKNAAN" ini ia akan memberi satu rasa tanggungjawab dikalangan belia kepada pihak yang "MENCAKNAKANNYA". Semoga program ini akan menjadi agenda tahunan yang tercatat dalam kalendar aktiviti Pemuda.
TERIMA KASIH PEMUDA UMNO KAMPUNG BUKIT WAN.
Antara sebahagian ahli peserta rombongan bergambar sebelum bertolak ke Rantau Panjang Kelantan.
Naik bas...beratur dan ikut barisan..

Sebelum bertolak...bacaan doa selamat oleh Tuan Iman Masjid Bukit Wan (Ayah Cik)

Suasana ceria disepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Nyata semua berpuas hati...Thank Pemuda.

Berehat seketika dalam perjalanan...kita makan dan minum dulu.

Di Rantau Panjang...rilex seketika kerana hujan lebat.

Antara yang belanja sakan...Ketua Pemuda kita (Ambak) Comel dah tu...

Aksi spontan belia kita di Rantau Panjang.
Rehat sekejap...setelah penat pusing pusing.
Sedikit buah tangan dibawa pulang...
Rombongan kita disambut meriah oleh KRT Tendong
Terima kasih...
Pengerusi KRT Tendong sedang berucap dan
mengalu alukan kedatangan rombongan kita.
Sebahagian anak muda kita bergitu tekun mendengar
ucapan wakil rombongan kita.

En Ambak... sedang berucap bagi mewakili peserta rombongan.

Kita berhimpum di Pusat Sri Nilam Cabang Empat
Tendong Kubang Sepat Pasir Mas Kelantan.
Diakhir majlis turut disediakan minum petang.
Team bola kita turut bergambar bersama kelab penyokong setia kita. Tiga serangkai yang tidak kenal erti letih. Sebelum perlawanan bermula...ada pesanan dari Pengerusidan Tim Pengerusi Jkkk serta Ketua Pemuda untuk anak buah. Tambah Imej Team Bukit Wan FC bergambar kenangan dengan
Team Belia 1 Malaysia Tendong sebelum
perlawanan bermula.
Perlawanan yang rancak dan menghiburkan penonton.
Aksi aksi spontan pemain kita... Team Bola Jaring Bukit Wan turut bergambar dengan Team Bola Jaring Beliawanis 1 Malaysia Tendong.
Team bola jaring kita yang kian mantap hasil
semangat kerjasama dalam satu pasukan.
Antara beliawanis kita...berehat seketika
selepas tamat perlawanan.

12 Disember 2009

MAJLIS SAMBUT MENANTU (ANAK EN ZAHARI NGAH).

Pada 12 Disember 2009 telah berlangsung satu majlis "Sambut Menantu" di kampung Bukit Wan. Majlis ini telah dibuat oleh En Zahari bin Ngah bagi menyambut menantu perempuannya yang pertama yang berasal dari Labis Johor. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah. Ramai sanak saudara dari jauh dan dekat telah datang menghadiri majlis ini termasuk seluruh penduduk kampung. Rakan rakan dan kenalan serta tetamu jemputan ramai yang datang dan memeriahkan majlis. Rombangan menantu ini telah sampai pada pukul 11.30 pagi dan disambut serta diarakkan dengan paluan kompang sambil berzanji. Majlis persandingan turut diadakan dan disaksikan oleh sanak saudara kedua dua belah pihak.
BLOG BUKIT WAN MENGUCAPKAN
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZUAN DAN SYA.
Redzuan...segak tampan dan bergaya menjadi
"Raja Sehari"
En Zahari...sibuk melayan rakan dan kenalan yang
hadir termasuk orang kampung.
Suasana bahagian dapur...
Dari dapur...gulai masak kawah..memang sedap. Tetamu sedang menjamu selera. Belia kita...antara yang ringan tulang membantu melancarkan majlis ini... Terima kasih. Tetamu sedang menjamu selera... Kaum ibu... sedang menunggu kedatangan rombangan pengantin perempuan (menantu) Sedia Berkhidmat...Team kompang sedang menunggu rombangan pengantin perempuan. Pasangan pengantin diarak dengan paluan kompang serta berzanji. Terima kasih Team Berzanji Bukit Wan. Pengantin Terbaru. Redzuan...sedang berbual dengan rombangan pengantin perempuan dari Johor. Molek Dah...Sama sama cantik. Penulis Blog (hulkali)...sempat jugak bergambar dengan pengantin lelaki.
Pengerusi Jkkk (Che Harun) turut bergambar
dengan pengantin lelaki.
Koleksi gambar edit oleh... hulkali

Selamat Pengantin Baru...Buat Zuan & Sya

08 Disember 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM BUMI HIJAU DAN PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG KAMPUNG BUKIT WAN 2009.

Pada 7 Disember 2009 telah berlangsung satu lagi program kemasyarakatan untuk penduduk kampung Bukit Wan. Program ini dinamakan "Majlis Penyampaian Hadiah Program Bumi Hijau" dan "Masih Ada Yang Sayang". Program ini telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan bermula jam 4.45 petang. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Hj Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) dan isteri iaitu Puan Hajjah Nik Aini bt Nik Soh. Selain dari itu turut hadir ialah Pegawai Pejabat Pertanian Maras iaitu En Muhammad Rikzan bin Ismail dan En Zulkifli bin Yatim serta Pegawai Khas kepada YB iaitu Ustaz Kamaruddin. Program ini adalah sebahagian dari kalendar acara tahunan bagi Kampung Bukit Wan yang dicetuskan idea oleh barisan kepimpinan Jkkk. Bagi Majlis Penyampaian Hadiah Program Bumi Hijau ini ia adalah rentetan dari Majlis Penyampaian Biji Benih Sayuran yang telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Khazan bin Che Mat pada 4 Jun 2009 yang lalu dengan kerjasama Pejabat Pertanian Batu Rakit (Maras). Program Bumi Hijau ini adalah bertujuan bagi menggalakan penduduk kampung menanam sayur sayuran disekitar rumah masing masing dengan perbagai jenis sayuran untuk kegunaan seharian tanpa tidak perlu lagi membelinya di kedai atau di pasar. Ternyata program ini telah berhasil dimana hampir 75% buah rumah dalam Kampung Bukit Wan telah mempunyai mini kebunnya sendiri. Bagi menggalakan lagi program ini lebih berjaya, pihak Jkkk telah mempertandingkan "mini mini kebun" itu dan membuat pernilaian disetiap buah rumah yang menyertai program ini. Program "Masih Ada Yang Sayang" pula adalah bagi memberi sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (Oku), ibu ibu tunggal dan juga orang orang tua (Warga Emas). Kehadiran penduduk kampung amat menggalakan dan ia melibatkan semua lapisan masyarakat. Pada majlis ini juga turut diadakan satu tayangan slide yang bertajuk "Kampung Bukit Wan Desa Cemerlang". Tayangan slide ini adalah hasil cetusan idea pihak Jkkk Kampung Bukit Wan dan Unit IT Jkkk Bukit Wan sendiri telah menghasilkan satu tayangan yang memakan masa selama 80 minit. Ternyata para hadiri telah terhibur dan mungkin sedikit sebanyak mereka telah memahami mesej yang hendak disampaikan melalui tayangan itu. Pada majlis ini YB Ustaz Khazan dan isteri telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pemenang Program Bumi Hijau, Orang Kurang Upaya (Oku), ibu tunggal dan Warga emas. Disamping itu juga pihak Jkkk turut memberi sumbangan kepada Iman dan Bilal Masjid Bukit Wan serta Guru Agama yang banyak berjasa kepada masyarakat kampung. Penulis blog bagi Blog Kampung Bukit Wan iaitu HULKALI melalui blognya (wwwbukitwan.blogspot.com) turut diberi penghargaan pada majlis ini. Majlis ini berakhir pada jam 6.15 petang dan satu minum petang turut diadakan kepada semua yang hadir. Sebelum YB Ustaz Khazan beredar dari majlis, beliau sempat membuat satu lawatan singkat kepada padang bola baru di kampung Bukit Wan iaitu bersebelahan dengan tempat majlis ini berlangsung. Ternyata YB Ustaz Khazan telah berpuashati dengan keadaan padang bola tersebut dan ada beberapa perkara telah dibangkitkan pada lawatan itu.
"KEPIMPINAN CEMERLANG MELAHIRKAN GENERASI GEMILANG"

Sebahagian dari warga kampung yang hadir...

Pengerusi Jkkk (Che Harun) dan Pengerusi Majlis (En Ambak) sedang membuat mencatat sesuatu.

Antara yang datang awal..dari kiri... En Ahmad, En Ngah, Tn Haji Chik dan Tn Hj Mansor.

Hadiah dan hamper yang disediakan oleh Jkkk.

Pengerusi Jkkk (Che Harun) sedang berbincang sesuatu dengan YB Ustaz Khazan sebelum majlis bermula

Bacaan Doa oleh Tuan Iman Masjid Bukit Wan (Pok Su Aji) sebelum majlis bermula.

YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan ucapan dan terus merasmikan majlis ini.

Penduduk kampung tekun dengar ucapan yang disampai oleh YB Ustaz Khazan.

Banguanan KRT yang penuh sesak dengan kehadiran penduduk kampung... (mari belaka).

YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan hamper kepada Awang Din (peserta Program Bumi Hijau)

Dari Dalam Kampung...Tuan Haji Hassan bin Mat Zin sedang menerima hamper dari YB...

Tokoh Agama Kampung Bukit Wan (Tuan Haji Ustaz Ngah) turut menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Ustaz Khazan... Terima Kasih YB.

Pok Ngah (Guru Al-Quran dan Bilal) turut diberi sumbangan dan penghargaan oleh pihak Jkkk yang disampaikan oleh YB Ustaz Khazan.

Din...Orang Kurang Upaya turut menerima hadiah dari Pengerusi Jkkk Bukit Wan (Che Harun Ismail)

Kemesraan....YB Khazan sempat bergurau senda dengan salah seorang warga emas pada majlis tersebut.

Isteri YB...Hajjah Nik Aini turut menyampaikan hadiah kepada golongan ibu tunggal.

Tuan Haji Cik Awang...Johan Program Bumi Hijau Dalam Zon D sedang menerima hamper dari YB Ustaz Khazan.

Puan Fatimah turut sama menerima hadiah dari Isteri YB pada majlis tersebut.

Penulis Blog Kampung Bukit Wan (hulkali)... turut menerima sumbangan dari YB Ustaz Khazan. Thank You YB...

Pengerusi Jkkk Bukit Wan sedang menyampaikan cenderahati kepada YB Ustaz Khazan sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi Jkkk (En Marzuki Ghani)

Pegawai Pertanian Maras (En Muhammad Rikzan) turut menerima cenderahati dari Pengerusi Jkkk.

Minum petang turut disediakan oleh pihak Jkkk pada majlis tersebut. (Mee Goreng dan Teh O)

Para hadirin sedang menikmati hidangan yang disediakan.

Mek Leha dan suami (OKU) serta anaknya... sedang menjamu selesa.

Kita juga dapat hadiah...Pok Da Hitam dan Tuan Haji Pok Long Che Him. Antara warga emas yang menerima sumbangan dari pihak Jkkk.

Kita pulang dulu... (Kak Normah) terima kasih pihak Jkkk kerana perihatin kepada masyarakat kampung kita.

YB Ustaz Khazan dan sebahagian Ahli Jkkk membuat lawatan ke padang bola baru Kampung Bukit Wan.

Sebelum beredar...YB Ustaz Khazan turut bergambar bersama barisan kepimpinan kampung...dari kiri En Harun (Pengerusi Jkkk), En Badri (Ajk Pemuda), En Ambak (S/U Jkkk & Ketua Pemuda) YB Ustaz Khazan, En Marzuki Ghani (Timbalan Pengerusi Jkkk), Tuan Haji Che Awang bin Che Ngah (Tok Iman & Ahli Jkkk) dan En Zahari Ngah (Ahli J/Kuasa Jkkk)