Pada 7 Disember 2009 telah berlangsung satu lagi program kemasyarakatan untuk penduduk kampung Bukit Wan. Program ini dinamakan "Majlis Penyampaian Hadiah Program Bumi Hijau" dan "Masih Ada Yang Sayang". Program ini telah diadakan di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan bermula jam 4.45 petang. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Hj Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) dan isteri iaitu Puan Hajjah Nik Aini bt Nik Soh. Selain dari itu turut hadir ialah Pegawai Pejabat Pertanian Maras iaitu En Muhammad Rikzan bin Ismail dan En Zulkifli bin Yatim serta Pegawai Khas kepada YB iaitu Ustaz Kamaruddin. Program ini adalah sebahagian dari kalendar acara tahunan bagi Kampung Bukit Wan yang dicetuskan idea oleh barisan kepimpinan Jkkk. Bagi Majlis Penyampaian Hadiah Program Bumi Hijau ini ia adalah rentetan dari Majlis Penyampaian Biji Benih Sayuran yang telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Khazan bin Che Mat pada 4 Jun 2009 yang lalu dengan kerjasama Pejabat Pertanian Batu Rakit (Maras). Program Bumi Hijau ini adalah bertujuan bagi menggalakan penduduk kampung menanam sayur sayuran disekitar rumah masing masing dengan perbagai jenis sayuran untuk kegunaan seharian tanpa tidak perlu lagi membelinya di kedai atau di pasar. Ternyata program ini telah berhasil dimana hampir 75% buah rumah dalam Kampung Bukit Wan telah mempunyai mini kebunnya sendiri. Bagi menggalakan lagi program ini lebih berjaya, pihak Jkkk telah mempertandingkan "mini mini kebun" itu dan membuat pernilaian disetiap buah rumah yang menyertai program ini. Program "Masih Ada Yang Sayang" pula adalah bagi memberi sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (Oku), ibu ibu tunggal dan juga orang orang tua (Warga Emas). Kehadiran penduduk kampung amat menggalakan dan ia melibatkan semua lapisan masyarakat. Pada majlis ini juga turut diadakan satu tayangan slide yang bertajuk "Kampung Bukit Wan Desa Cemerlang". Tayangan slide ini adalah hasil cetusan idea pihak Jkkk Kampung Bukit Wan dan Unit IT Jkkk Bukit Wan sendiri telah menghasilkan satu tayangan yang memakan masa selama 80 minit. Ternyata para hadiri telah terhibur dan mungkin sedikit sebanyak mereka telah memahami mesej yang hendak disampaikan melalui tayangan itu. Pada majlis ini YB Ustaz Khazan dan isteri telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pemenang Program Bumi Hijau, Orang Kurang Upaya (Oku), ibu tunggal dan Warga emas. Disamping itu juga pihak Jkkk turut memberi sumbangan kepada Iman dan Bilal Masjid Bukit Wan serta Guru Agama yang banyak berjasa kepada masyarakat kampung. Penulis blog bagi Blog Kampung Bukit Wan iaitu HULKALI melalui blognya (wwwbukitwan.blogspot.com) turut diberi penghargaan pada majlis ini. Majlis ini berakhir pada jam 6.15 petang dan satu minum petang turut diadakan kepada semua yang hadir. Sebelum YB Ustaz Khazan beredar dari majlis, beliau sempat membuat satu lawatan singkat kepada padang bola baru di kampung Bukit Wan iaitu bersebelahan dengan tempat majlis ini berlangsung. Ternyata YB Ustaz Khazan telah berpuashati dengan keadaan padang bola tersebut dan ada beberapa perkara telah dibangkitkan pada lawatan itu.
"KEPIMPINAN CEMERLANG MELAHIRKAN GENERASI GEMILANG"
Sebahagian dari warga kampung yang hadir...
Pengerusi Jkkk (Che Harun) dan Pengerusi Majlis
(En Ambak) sedang membuat mencatat sesuatu.
Antara yang datang awal..dari kiri... En Ahmad, En Ngah,
Tn Haji Chik dan Tn Hj Mansor.
Hadiah dan hamper yang disediakan oleh Jkkk.
Pengerusi Jkkk (Che Harun) sedang berbincang
sesuatu dengan YB Ustaz Khazan sebelum majlis bermula
Bacaan Doa oleh Tuan Iman Masjid Bukit Wan
(Pok Su Aji) sebelum majlis bermula.
YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan ucapan dan
terus merasmikan majlis ini.
Penduduk kampung tekun dengar ucapan yang disampai
oleh YB Ustaz Khazan.
Banguanan KRT yang penuh sesak dengan kehadiran
penduduk kampung... (mari belaka).
YB Ustaz Khazan sedang menyampaikan hamper
kepada Awang Din (peserta Program Bumi Hijau)
Dari Dalam Kampung...Tuan Haji Hassan bin Mat Zin
sedang menerima hamper dari YB...
Tokoh Agama Kampung Bukit Wan (Tuan Haji Ustaz Ngah)
turut menerima sumbangan yang disampaikan oleh
YB Ustaz Khazan... Terima Kasih YB.
Pok Ngah (Guru Al-Quran dan Bilal) turut diberi
sumbangan dan penghargaan oleh pihak Jkkk yang
disampaikan oleh YB Ustaz Khazan.
Din...Orang Kurang Upaya turut menerima hadiah dari
Pengerusi Jkkk Bukit Wan (Che Harun Ismail)
Kemesraan....YB Khazan sempat bergurau senda
dengan salah seorang warga emas pada majlis tersebut.
Isteri YB...Hajjah Nik Aini turut menyampaikan
hadiah kepada golongan ibu tunggal.
Tuan Haji Cik Awang...Johan Program Bumi Hijau
Dalam Zon D sedang menerima hamper dari YB
Ustaz Khazan.
Puan Fatimah turut sama menerima hadiah
dari Isteri YB pada majlis tersebut.
Penulis Blog Kampung Bukit Wan (hulkali)... turut
menerima sumbangan dari YB Ustaz Khazan.
Thank You YB...
Pengerusi Jkkk Bukit Wan sedang menyampaikan
cenderahati kepada YB Ustaz Khazan sambil diperhatikan
oleh Timbalan Pengerusi Jkkk (En Marzuki Ghani)
Pegawai Pertanian Maras (En Muhammad Rikzan) turut
menerima cenderahati dari Pengerusi Jkkk.
Minum petang turut disediakan oleh pihak Jkkk pada
majlis tersebut. (Mee Goreng dan Teh O)
Para hadirin sedang menikmati hidangan yang disediakan.
Mek Leha dan suami (OKU) serta anaknya...
sedang menjamu selesa.
Kita juga dapat hadiah...Pok Da Hitam dan
Tuan Haji Pok Long Che Him. Antara warga emas
yang menerima sumbangan dari pihak Jkkk.
Kita pulang dulu... (Kak Normah) terima kasih pihak
Jkkk kerana perihatin kepada masyarakat kampung kita.
YB Ustaz Khazan dan sebahagian Ahli Jkkk membuat
lawatan ke padang bola baru Kampung Bukit Wan.
Sebelum beredar...YB Ustaz Khazan turut bergambar
bersama barisan kepimpinan kampung...dari kiri En Harun
(Pengerusi Jkkk), En Badri (Ajk Pemuda), En Ambak
(S/U Jkkk & Ketua Pemuda) YB Ustaz Khazan, En Marzuki
Ghani (Timbalan Pengerusi Jkkk), Tuan Haji Che Awang
bin Che Ngah (Tok Iman & Ahli Jkkk) dan En Zahari Ngah
(Ahli J/Kuasa Jkkk)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan