Pada tanggal 18 Disember 2009 yang baru lalu, satu lawatan bermaklumat telah diadakan dengan melibatkan golongan belia dan beliawanis Kampung Bukit Wan. Program lawatan ini adalah berkat usaha barisan kepimpinan kampung yang menghargai jasa dan sumbangan belia kepada kampung. Ianya dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan yang diketuai oleh Saudara Ambak bin Ismail selaku Ketua Pemuda. Program ini juga mendapat kerjasama dan sokongan pihak Jkkk dan juga Rukun Tetangga Bukit Wan. Dalam program lawatan ini seramai 70 orang belia dan beliawanis telah menyertai rombongan ini. Pihak penganjur telah menyediakan sebuah bas dan 5 buah kereta serta 2 buah van. Segala kos pengangkutan ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Pemuda dan juga orang perseorangan. Rombongan ini telah bertolak pada pukul 8.15 pagi dan terus kedestinasi yang pertama iaitu ke Rantau Panjang. Dikesempatan ini ramai peserta rombongan telah mengambil peluang untuk membeli belah barangan dengan harga yang lebih murah. Disepanjang perjalanan ke Rantau Panjang kita dapat melihat kegembiraan dan keceriaan para anak anak muda kita yang mungkin jarang mengikuti program yang seperti ini. Disamping membeli belah di Rantau Panjang, rombongan ini juga turut mengadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring persahabatan. Semua ini telah dirancang dan diatur dari awal oleh pihak penganjur. Perlawanan bola sepak ini telah diadakan di Tendong Kubang Sepat Pasir Mas dengan melawan team 1 Belia Malaysia Tendong bergitu juga dengan bola jaring. Sebelum perlawanan diadakan, rombongan Pemuda ini telah diberi sambutan yang agak istimewa oleh barisan kepimpinan KRT Tendong. Dalam majlis ini turut diadakan ucapan oleh kedua dua belah pihak. Rombongan Pemuda telah diwakili oleh saudara Ambak manakala wakil Tendong telah diwakili oleh Pengerusi KRT nya. Diakhir majlis ini peserta rombongan telah disajikan minum petang dan makan laksa. Dalam perlawanan bola sepak, team Pemuda Bukit Wan telah menundukkan team Belia 1 Malaysia Tendong 2-1 manakala team bola jaring juga turut menang dengan kiraan 17 - 9. Rata rata para peserta rombongan telah berpuashati dengan program ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pemuda Umno kerana telah menganjurkan program ini dengan jayaanya. Dengan adanya program yang seperti ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan belia dan remaja kita serta secara tidak langsung ia boleh membuka minda kita. Semoga Pergerakan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan akan terus peka kepada golongan pemuda dan remaja kita dalam urusan seharian. Dengan "KECAKNAAN" ini ia akan memberi satu rasa tanggungjawab dikalangan belia kepada pihak yang "MENCAKNAKANNYA". Semoga program ini akan menjadi agenda tahunan yang tercatat dalam kalendar aktiviti Pemuda.
TERIMA KASIH PEMUDA UMNO KAMPUNG BUKIT WAN.
Antara sebahagian ahli peserta rombongan bergambar
sebelum bertolak ke Rantau Panjang Kelantan.
Naik bas...beratur dan ikut barisan..
Sebelum bertolak...bacaan doa selamat oleh Tuan Iman Masjid Bukit Wan (Ayah Cik)
Suasana ceria disepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Nyata semua berpuas hati...Thank Pemuda.
Berehat seketika dalam perjalanan...kita makan dan minum dulu.
Di Rantau Panjang...rilex seketika kerana hujan lebat.
Antara yang belanja sakan...Ketua Pemuda kita (Ambak) Comel dah tu...
Aksi spontan belia kita di Rantau Panjang.
Rehat sekejap...setelah penat pusing pusing.
Sedikit buah tangan dibawa pulang...
Rombongan kita disambut meriah oleh KRT Tendong
Terima kasih...
Pengerusi KRT Tendong sedang berucap dan
mengalu alukan kedatangan rombongan kita.
Sebahagian anak muda kita bergitu tekun mendengar
ucapan wakil rombongan kita.
En Ambak... sedang berucap bagi mewakili peserta rombongan. Kita berhimpum di Pusat Sri Nilam Cabang Empat
Tendong Kubang Sepat Pasir Mas Kelantan.
Diakhir majlis turut disediakan minum petang.
Team bola kita turut bergambar bersama kelab
penyokong setia kita.
Tiga serangkai yang tidak kenal erti letih.
Sebelum perlawanan bermula...ada pesanan dari
Pengerusidan Tim Pengerusi Jkkk serta
Ketua Pemuda untuk anak buah.
Team Bukit Wan FC bergambar kenangan dengan
Team Belia 1 Malaysia Tendong sebelum
perlawanan bermula.
Perlawanan yang rancak dan menghiburkan penonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan