06 Mac 2010

KAWASAN PERKELAHAN PANCHUR SEBATU BUKIT NENASI BATU RAKIT.

Kawasan Perkelahan Panchur Sebatu adalah merupakan satu tempat perkelahan yang tidak asing lagi dalam kawasan Batu Rakit khasnya bagi penduduk Kampung Bukit Wan dan kawasan sekitarnya. Kawasan ini sebenarnya telah lama wujud dan telah menjadi kawasan perkelahan khasnya pada hari cuti hujung minggu dan kelepasan am bagi penduduk Kampung Bukit Wan. Namun hingga kini ia masih lagi kurang popular dan masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan tempat ini. Kawsan perkelahan ini terletak di Bukit Terap Kampung Bukit Nenasi dan ia bersempadan dengan Kampung Bukit Wan. Kawasan ini mempunyai banyak aliran air dari celah celah batu secara semulajadi yang menyejukkan dan menyegarkan. Disekelilingnya pula terdapat banyak tumbuh tumbuhan yang menghijau yang menyejukkan suasana serta terdapat banyak flora dan faunanya yang masih belum terusik. Selain dari itu terdapat banyak batu batu besar dan batu batu kecil disepanjangan kawasan perkelahan ini. Untuk pergi ke Panchur Sebatu ini kita boleh pergi melalui jalan di Kampung Bukit Wan iaitu di Simpang Kempas yang jaraknya lebih kurang 1 km sahaja dari jalan utama. Untuk pergi ke tempat tersebut, kita hanya boleh menggunakan motosikal dan kereta sahaja. Ini kerana jalannya yang masih sempit dan sedikit berbukit serta jalannya masih belum bertar. Keadaan ini telah menyukarkan pengunjung khasnya yang membawa kereta apabila bertembung di pertengahan jalan. Keadaan ini telah memberi banyak masalah dan ia mungkin merupakan faktor utama kedatangan pengunjung. Oleh kerana tempat ini masih baru untuk dikomersilkan, maka terdapat beberapa keperluan asas utama yang masih belum ada seperti tandas, bilik persalinan, surau dan sebagainya. Dan kini kedatangan pengunjung semakin meningkat , maka kini segala keperluan asas amatlah perlu untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai. Semoga akan ada pihak tertentu yang akan ambil cakna tentang permasalahan ini dan dapat mengatasinya sebaik mungkin demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.
CUTI CUTI BUKIT WAN...
Papan tanda promosi "Panchur Sebatu" Terdapat banyak batu batu besar di sepanjang aliran air.
Terdapat beberapa kolam untuk mandi manda. Bila cuti...memang ramai datang.
Bawa keluarga lagi. Tempat khas untuk kanak kanak bermain air.
Air memang sejuk dan cukup jernih...

Tiada ulasan: