14 Mac 2010

MAJLIS KENDURI ARWAH DI RUMAH EN RAHIM MUDA.

Satu Majlis Kenduri Arwah telah di adakan rumah En Rahim Muda pada 12 Mac 2010 yang baru lalu. Majlis ini diadakan untuk arwah ibunya yang telah meninggal beberapa tahun yang lalu. Majlis ini bermula diawal pagi dengan aktiviti gotong royong melampah daging dan sebahagiannya pula menjalankan kerja kerja sampingan yang lain. Pada majlis ini kelihatan semua ahli keluarga dan sanak saudaranya yang jauh dan dekat telah pulang dan menghadiri majlis ini. Satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di Masjid kg Bukit Wan setelah selesai solat Jumaat. Selesai majlis tahlil dan doa selamat ini semua ahli jumaah telah dijemput untuk kerumah beliau untuk menikmati hidangan makan tengahhari.
Gotong royong melampah daging...
Sabri (angkat kerusi) ...kerusi untuk tetamu.
Kaum ibu sedang menyediakan ramuan masakan.
Pasti ada yang lucu....(dari kiri Kak Nor, Kak Jah
dan Mok Leha)
En Rahim (baju hijau)... sibuk melayan tetamu.
Tambah lagi weh....
Azmi dan Mat Piah...sedang menjamu selera.

Tiada ulasan: