14 Mac 2010

KEJOHANAN PING PONG TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN 2010 (ANJURAN PEMUDA UMNO BUKIT WAN)

Pemuda Umno Kampung Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program untuk anak mudanya bagi mengisi masa lapang dan juga cuti hujung minggu. Dengan persetujuan Ahli Jawatan Kuasa Pemuda, maka satu kata putus telah dibuat dimana satu Kejohanan Ping Pong Tertutup Kampung Bukit Wan akan diadakan. Kejohanan ini merupakan satu permulaan baru bagi permainan ping pong di kampung Bukit Wan. Kejohanan ini telah diadakan pada 12 Mac 2010 bertempat di Bangunan KRT Kg Bukit Wan. Ternyata kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para belia dan beliawanis. Setelah poster promosi diedarkan, maka pendaftaran terus berjalan dan hampir 50 orang telah mengesahkan diri untuk menyertaikan kejohanan ini. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada 3 katagori iaitu 15 tahun kebawah (lelaki), 16 tahun keatas (lelaki) dan terbuka untuk wanita. Dalam pada itu para peserta telah menjalani latihan yang lebih kerap bagi memantapkan skill dan teknik teknik perlawanan. Apabila kejohanan ini berlangsung, ternyata ramai diantara mereka yang bergitu berbakat dan masing masing menunjukkan skill individu mereka yang tersendiri. Ternyata mereka bergitu hebat dan seolah olah mereka telah mempunyai banyak pengalaman. Disamping kejohanan ini berjalan, acara sampingan lain turut dijalankan iaitu pertandingan dart. Dengan adanya acara sampingan ini maka kejohanan ini akan menjadi lebih meriah dan semakin mendapat sambutan. Pihak penganjur iaitu Ketua Pemuda Umno Bukit Wan (Ambak Ismail) dengan kerjasama pihak JKKK telah menyediakan beberapa hadiah dalam bentuk medal, wang tunai, tuala dan juga hamper untuk para pemenang. Pada kejohanan kali ini Mohd Zuraini (Mat Said) telah mencul sebagai juara katagori 16 tahun keatas lelaki manakala Zurina Mamat telah muncul dalam katagori wanita 16 tahun keatas. Katagori 15 kebawah pula adik Haiqal Harun telah muncul sebagai juara. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan (En Harun Ismail) disebelah malamnya. Dalam majlis penutup, Ketua Pemuda Umno Bukit Wan (Ambak Ismail) telah menyampaikan ucapan ringkas dengan menasihatkan agar semua para belia dan beliawanis tidak akan terjebat dengan perkara perkara negetif yang boleh merosakkan diri dan masa depan. Dengan adanya program yang seperti ini kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara mereka serta dapat mengcungkil bakat bakat baru dalam permainan ping pong serta ia dapat menghindarikan diri dari aktiviti yang tidak berfeadah. Semoga dan harapan agar pihak Pemuda Umno Bukit Wan akan terus memikirkan program program yang berfaedah untuk semua anak muda samaada dalam bentuk jasmani dan mahu pun rohani.
TERIMA KASIH PEMUDA UMNO BUKIT WAN.
Poster promosi kejohanan Amalan kita....kerjasama dan tolong menolong. Sesi pengundian berlangsung...demi keadilan. Antara sebahagian penonton yang memeriahkan kejohanan ini. Medal yang menjadi rebutan.... Aksi sponton penonton dan penyokong... Salah satu aksi perlawanan yang menarik... (Mat Said lwn Fakrol - Final)
Golongan wanita juga turut menpamerkan kehebatannya.
Peserta akhir katagori terbuka wanita.
(Zurina lwn Kinah). Juara ..Zurina.
Koleksi foto penerima hadiah kejohanan yang
disampaikan oleh Pengerusi JKKK (En Harun Ismail)
Permainan Dart turut mendapat sambutan hangat.
Peserta akhir lelaki 16 keatas...
(Fakrol Alias dan Mat Said)
Semua perlawanan berlangsung dalam semangat
kesukanan yang tinggi.
Aksi perlawanan akhir ... memang hebat dan memukau.
Katagori bergu (Naib Johan) sedang menerima
medal dan wang tunai dari Pengerusi JKKK.
Haiqal Harun...Johan katagori bawah 15 tahun lelaki.
memang ada bakat...banyakkan latihan.
Tahniah...Juara Ping Pong Tertutup Bukit Wan
2010...Mat Said sedang menerima medal
dan wang tunai dari Pengerusi JKKK.
Naib johan...Fakrol sedang menerima hadiah. Teruskan perjuangan... anda ada bakat.
Aziz Ali...tempat ketiga.
Pemenang pemenang Kejohanan Ping Pong
Tertutup Kampung Bukit Wan 2010 bersama
medal masing masing.Turut hadir bersama...
Ketua Pemuda Umno (En Ambak Ismail)
dan Pengerusi JKKK (En Harun Ismail)
serta Tim Pengerusi JKKK (En Marzuki Ghani)

Tiada ulasan: