15 Mac 2011

MESYUARAT PERTAMA KELAB MOTOSIKAL BUKIT WAN (KMBW)

Setelah Kelab Motosikal Bukit Wan (KMBW) ditubuhkan pada 18 Februari 2011, maka pada 25 Februari yang lalu satu mesyuarat Kelab Motosikal telah diadakan di Bangunan KRT Bukit Wan. Mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan aktiviti aktiviti semasa serta perlantikan ahli ahli jawatankuasa kelab.
Suasana dalam bilik mesyuarat...
Orang kuat KMBW....Khairul, Mamat dan Lan

PENUBUHAN KELAB MOTOSIKAL BUKIT WAN (KMBW)

KETIKA banyak pihak mencemuh golongan mat rempit atau samseng jalanan yang rata-rata membabitkan kumpulan remaja yang sering dituduh mengganggu ketenteraman masyarakat, namun Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan menongkah arus dengan mengangkat martabat golongan ini dengan menubuhkan kelab motosikalnya sendiri. Pihak JKKK tidak pernah sisih dan pinggirkan mereka, sebaliknya memberi sokongan demi kearah kebaikan kepada minat mereka. Tujuan utama penubuhan (KMBW) adalah untuk menyatukan golongan remaja kampung dalam satu pasukan serta menghindari mereka dari gejala yang negetif. Dari masa kesemasa pihak JKKK akan bincang dengan mereka untuk mengadakan aktiviti yang sesuai seperti konvoi ketempat perkelahan dan sebagainya. Penyertaan KMBW ini terus dibuka kepada semua remaja Kampung Bukit Wan yang berusia seawal usia 18 tahun hingga 30 tahun dengan syarat utama, mereka perlu memiliki lesen memandu sebagai mematuhi peruntukan undang-undang untuk membolehkan mereka menyertai pelbagai aktiviti dan program permotoran yang dirancang. Majlis perasmian Kelab Motosikal Bukit Wan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Encik Madzuki Abd Ghani. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah En Ambak Ismail (S/U JKKK) serta En Badri Ali selaku perancangan utama penubuhan kelab ini.
SEMOGA KMBW AKAN TERUS AKTIF

Nasihat dan peringatan...En Madzuki Abd Ghani (Tim Pengerusi JKKK) sedang menyampaikan ucapan kepada semua ahli kelab.

Antara sebahagian ahli Kelab bergambar dengan kepimpinan JKKK. Sepakat, bersatu dan usahakan yang terbaik Tanda sokongan.....Sumbangan hamper dari JKKK kepada ahli KMBW yang disampaikan oleh Tim Pengerusi JKKK (En Madzuki Abd Ghani)

04 Mac 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2010.

Pada 1 Mac 2011, adalah detik debaran bagi semua penduduk kampung khasnya pihak kepimpinan JKKK. Ini kerana pada tarikh tersebut adalah hari penghakiman bagi kampung Bukit Wan dalam "Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010". Setelah sekian lama memerah keringat siang dan malam dan juga mencari idea idea baru untuk mencantikkan kampung, maka kini sampailah kekemuncaknya apabila para para panel hakim telah datang dalam menghakimi pertandingan ini. Bermula jam 1.30 petang, para para hakim mula tiba dikampung Bukit Wan dan disambut dengan perarakan bermotorsikal oleh Kelab Motosikal Bukit Wan. Perarakan ini bermula dari pintu gerbang masuk kampung dan terus hadapan masjid. Disitu telah bersedia barisan kepimpinan JKKK dengan pakaian seragamnya. Dari hadapan masjid, para para hakim telah disambut oleh Tn Hj Chek Harun Ismail (Pengerusi JKKK Bukit Wan) dan barisan kepimpinan kampung yang lain serta penduduk kampung. Dari situ para para panel hakim terus diarakan sekali lagi dengan perarakkan bunga manggar dan paluan kompang yang didahului oleh kumpulan berzanji sambil berselawat nabi menuju ke Bangunan KRT. Dikiri dan kanan jalan berdiri megah kanak kanak tabika kemas dengan kibaran jalur gemilang dan logo 1 Malaysia dan logo 1 Terengganu. Apabila memasuki kawasan lapang Bangunan KRT, para hakim telah diberi tabik hormat oleh pasukan kadet sekolah. Disitu acara naikkan jalur kemilang dan diikuti dengan nyanyian lagu negaraku. Selepas itu muncul pula Kumpulan Koir Bukit Wan dengan mendendang lagu rasmi kampung iaitu "Kampung Ku Gemilang". Maka selepas itu para para hakim telah dipersilakan masuk ke Dewan Bangunan KRT untuk sesi taklimat dan soal jawab. Antara jabatan-jabatan yang terlibat sebagai panel hakim ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan KEMAS Terengganu, Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan dan Pejabat SUK Terengganu. Permulaan sesi soal jawab, bacaan doa telah dibacakan oleh Tn Hj Abdullah Bin Chik iaitu Tuan Iman Masjid Bukit Wan. Tayangan slide menyusur dengan memaparkan keadaan kampung Bukit Wan yang terkini selama 15 minit dan diikuti dengan sesi taklimat tentang keadaan kampung oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun Bin Ismail. Maka selepas itu sesi soal jawab pun bermula antara para para hakim dengan barisan kepimpinan kampung dalam suasana ceria dan penuh muhibbah. Apabila tamat sesi soal jawab, para hakim dan kepimpinan kampung terus kemasjid untuk solat zohor dan diikuti jamuan makan tengahari. Sebelum pulang, para para hakim telah dibawa melawat projek tanaman jagung manis, ke kilang roti, ke Taman Herba dan tempat ternakan ayam serama serta menyusuri jalan utama dalam kampung. Kehadiran YB Ustaz Haji Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) pada jam 3.00 petang turut menceriakan seluruh Jawatankuasa JKKK Bukit Wan dan para panel hakim. Pada majlis ini ia turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Tuan Haji Yusof Ali), Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Encik Nasran Abdul Halim), Penghulu Tinggi Daerah Kuala Terengganu (Haji Ismail Zainal),Penghulu Kanan Daerah (Haji Wan Sulaiman Wan Muda), Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak (Encik Zamari Abu Zih), penghulu-penghulu mukim yang berdekatan, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit (Haji Kamarudin Mohamad),Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun (Encik Nazri Mamat) dan wakil Balai Polis Batu Rakit (Sarjan Tengku Mohamad Abu Bakar Raja Sulaiman).
Pihak kepimpinan kampung Bukit Wan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan "Majlis Penghakiman Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010 ini.
"JKKK BUKIT WAN TELAH USAHAKAN YANG TERBAIK"

Pintu gerbang masuk kampung "Selamat Datang Ke Kampung Bukit Wan"

Kain rentang...mengalu alukan kedatangan para para panel hakim

Sebahagian kanak kanak tabika yang turut menghiasi majlis.

Beliawanis beliawanis kampung... selaku pembawa bunga manggar yang sentiasa bersemangat

Bersiap sedia...barisan kepimpinan JKKK sedang menunggu kehadiran para para panel hakim

Antara sebahagian ahli "Kelab Motorsikal Bukit Wan" yang menyambut para hakim disempadan kampung.

Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang memperkenalkan barisan kepimpinan kampung kepada panel hakim.

Tanda sambutan rasmi...bunga disemat didada

Para para hakim diarakkan ke Bangunan KRT

Kumpulan berzanji mengetuai perarakan....

Kadet Remaja Sekolah turut dijemput bagi upacara naikan jalur gemilang dan nyanyian lagu Negara Ku.

Turut sama hadir...Penghulu penghulu mukin dan Pegawai Khas Adun Batu Rakit.

Bersemangat...Kumpulan Koir Bukit Wan dengan nyanyi lagu rasmi kampung.... "Kampung Ku Gemilang"

Barisan kepimpinan JKKK pada majlis sesi taklimat dan soal jawab.

Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail sedang menyampaikan taklimat kepada para para hakim

Para para panel hakim sedang meneliti profil kampung sambil mendengar taklimat tentang kampung.

Tn Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit)..turut sama hadir pada sesi lawatan ke kilang roti.

Semasa lawatan ke kilang roti...

Lawatan ke Taman Herba...

Di Taman Herba...Para hakim dihidangkan dengan minum petang "Air Kepala Muda"

Penghulu Kanan...Tn Hj Sulaiman turut sama menikmati air kepala muda.

Lawatan ketempat ternakan ayam serama.

Bergambar Kenang kenangan....Kepimpinan JKKK Bukit Wan bersama para para panel hakim dan juga YB Ustaz Khazan bergambar pada akhir sesi penghakiman di Taman Herba Kampung Bukit Wan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN DIANTARA RUMAH DAN PERTANDINGAN MEMANCING

Pada malam 25hb Februari 2011 telah berlangsung satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kawasan rumah dan Pertandingan Memancing telah diadakan di Bangunan KRT Bukit Wan pada jam 9.00 malam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu iaitu Haji Wan Sulaiman Wan Muda. Dalam ucapan perasmian, Tn Haji Wan Sulaiman sangat berbangga dan gembira dengan cara penduduk kampung Bukit Wan berkerjasama. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi untuk melihat kampung Bukit Wan terus maju. Amat payah untuk kita mencari dalam sesebuah kampung, boleh dikatakan hampir setiap minggu mengadakan program gotong-royong" katanya. Ini menunjukkan sikap penduduk kampung yang sentiasa memberikan satu kerjasama yang kuat demi mengharumkan nama kampung. Beliau juga berharap agar komitmen yang diberikan akan berterusan sehingga sampai pada kemuncak pertandingan. Dan besar harapan beliau agar kampung Bukit Wan akan beroleh kemenangan pada hari pengumuman pertandingan nanti. Sementara itu menurut Encik Ambak Ismail selaku Setiausaha JKKK Bukit Wan, pertandingan ini adalah salah satu galakan untuk para penduduk sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan rumah masing-masing. Dengan galakan yang sentiasa diberikan oleh pihak JKKK, ianya akan dapat menambahkan lagi sifat cakna kepada kebersihan yang sentiasa diserapkan dalam agama. Pertandingan ini juga menurut Encik Ambak lagi sebagai salah satu sinambungan untuk pertandingan yang sedang disertai oleh JKKK Bukit Wan peringkat negeri. Dalam acara Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Rumah,hadiah pertama berupa wang tunai sebanyak RM300.00 dan hamper.Tempat kedua pula menerima wang tunai sebanyak Rm200.00 dan hamper. Manakala tempat ketiga wang tunai yang diberikan sebanyak RM100.00 dan juga hamper."Sebanyak 80 hadiah telah disediakan untuk semua para penduduk kampung" kata Encik Ambak lagi. Manakala dalam Pertandingan Memancing Ikan Darat pula sebanyak Rm100.00 dan hamper telah dimenangi oleh peserta yang menjadi juara. RM70.00 dan hamper menjadi milik peserta ditempat kedua dan RM50.00 serta hamper menjadi milik peserta tempat ketiga.Tempat keempat hingga kesepuluh telah diberikan hamper. Sebanyak tiga ketegori dalam pertandingan memancing telah disediakan hadiah.Katogeri lelaki,wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun telah berjaya menarik hampir 300 penyertaan pada hari pertandingan. Majlis yang dihadiri hampir seluruh penduduk Bukit Wan ini telah berakhir pada jam 11.15 malam.Antara yang hadir pada majlis ini ialah Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Gelugor Raja Kubang Parit Encik Mohd Ikram Rafhid.
Kehadiran penduduk kampung memang cukup memuaskan...
Johan kebersihan dan keceriaan rumah 2010....
Pn Asma Hitam..sedang menerima hadiah dari
Penghulu Kanan ...Tn Hj Wan Sulaiman.
Bangga...Johan Pertandingan Memancing bawah 12 tahun...
Muhammad Faris Abd Wahab.

02 Mac 2011

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KAMPUNG BUKIT WAN 2011

Pada 25hb Februari 2011, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan telah berjaya mengadakan satu pertandingan memancing ikan darat di Lubuk Kempas. Pertandingan ini dimulakan jam 5.00 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Hampir seluruh penduduk kampung keluar beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini. Pertandingan yang merupakan acara tahunan bagi program JKKK Bukit Wan ini menyediakan hadiah wang tunai dan juga hamper kepada para pemenang. Terdapat tiga ketegori hadiah telah disediakan oleh pihak JKKK untuk menarik minat para penduduk menyertai pertandingan ini. Antara kategori yang disediakan ialah kategori lelaki dewasa,kategori wanita dewasa dan juga katogeri kanak-kanak bawah 12 tahun. Setiap juara bagi semua ketegori mendapat hadiah wang tunai RM100.00 dan hamper,tempat kedua RM70.00 serta hamper dan ketiga RM50.00 dan juga hamper. Disamping itu hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang bertuah. Sementera itu majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada sebelah malamnya di Bangunan KRT Bukit Wan.
.
Poster promosi pertandingan...
Kaki kaki pancing mula melabuhkan umpan....
Kecil besar tua muda...semuanya ada....
Banyakkan bersabar....tunggu ikan makan umpan.
Satu pemandangan menarik diatas jambatan... Antara ikan ikan yang dapat dipancing... Sesi cabutan bertuah...Cikgu Aziz terus jadi hosnya.
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail...
sedang menyampaikan hadiah kepada peserta bertuah.
Antara yang bertuah...hulkali.