04 Mac 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2010.

Pada 1 Mac 2011, adalah detik debaran bagi semua penduduk kampung khasnya pihak kepimpinan JKKK. Ini kerana pada tarikh tersebut adalah hari penghakiman bagi kampung Bukit Wan dalam "Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010". Setelah sekian lama memerah keringat siang dan malam dan juga mencari idea idea baru untuk mencantikkan kampung, maka kini sampailah kekemuncaknya apabila para para panel hakim telah datang dalam menghakimi pertandingan ini. Bermula jam 1.30 petang, para para hakim mula tiba dikampung Bukit Wan dan disambut dengan perarakan bermotorsikal oleh Kelab Motosikal Bukit Wan. Perarakan ini bermula dari pintu gerbang masuk kampung dan terus hadapan masjid. Disitu telah bersedia barisan kepimpinan JKKK dengan pakaian seragamnya. Dari hadapan masjid, para para hakim telah disambut oleh Tn Hj Chek Harun Ismail (Pengerusi JKKK Bukit Wan) dan barisan kepimpinan kampung yang lain serta penduduk kampung. Dari situ para para panel hakim terus diarakan sekali lagi dengan perarakkan bunga manggar dan paluan kompang yang didahului oleh kumpulan berzanji sambil berselawat nabi menuju ke Bangunan KRT. Dikiri dan kanan jalan berdiri megah kanak kanak tabika kemas dengan kibaran jalur gemilang dan logo 1 Malaysia dan logo 1 Terengganu. Apabila memasuki kawasan lapang Bangunan KRT, para hakim telah diberi tabik hormat oleh pasukan kadet sekolah. Disitu acara naikkan jalur kemilang dan diikuti dengan nyanyian lagu negaraku. Selepas itu muncul pula Kumpulan Koir Bukit Wan dengan mendendang lagu rasmi kampung iaitu "Kampung Ku Gemilang". Maka selepas itu para para hakim telah dipersilakan masuk ke Dewan Bangunan KRT untuk sesi taklimat dan soal jawab. Antara jabatan-jabatan yang terlibat sebagai panel hakim ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan KEMAS Terengganu, Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan dan Pejabat SUK Terengganu. Permulaan sesi soal jawab, bacaan doa telah dibacakan oleh Tn Hj Abdullah Bin Chik iaitu Tuan Iman Masjid Bukit Wan. Tayangan slide menyusur dengan memaparkan keadaan kampung Bukit Wan yang terkini selama 15 minit dan diikuti dengan sesi taklimat tentang keadaan kampung oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Tn Hj Chek Harun Bin Ismail. Maka selepas itu sesi soal jawab pun bermula antara para para hakim dengan barisan kepimpinan kampung dalam suasana ceria dan penuh muhibbah. Apabila tamat sesi soal jawab, para hakim dan kepimpinan kampung terus kemasjid untuk solat zohor dan diikuti jamuan makan tengahari. Sebelum pulang, para para hakim telah dibawa melawat projek tanaman jagung manis, ke kilang roti, ke Taman Herba dan tempat ternakan ayam serama serta menyusuri jalan utama dalam kampung. Kehadiran YB Ustaz Haji Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) pada jam 3.00 petang turut menceriakan seluruh Jawatankuasa JKKK Bukit Wan dan para panel hakim. Pada majlis ini ia turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Tuan Haji Yusof Ali), Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Encik Nasran Abdul Halim), Penghulu Tinggi Daerah Kuala Terengganu (Haji Ismail Zainal),Penghulu Kanan Daerah (Haji Wan Sulaiman Wan Muda), Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak (Encik Zamari Abu Zih), penghulu-penghulu mukim yang berdekatan, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit (Haji Kamarudin Mohamad),Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun (Encik Nazri Mamat) dan wakil Balai Polis Batu Rakit (Sarjan Tengku Mohamad Abu Bakar Raja Sulaiman).
Pihak kepimpinan kampung Bukit Wan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan "Majlis Penghakiman Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2010 ini.
"JKKK BUKIT WAN TELAH USAHAKAN YANG TERBAIK"

Pintu gerbang masuk kampung "Selamat Datang Ke Kampung Bukit Wan"

Kain rentang...mengalu alukan kedatangan para para panel hakim

Sebahagian kanak kanak tabika yang turut menghiasi majlis.

Beliawanis beliawanis kampung... selaku pembawa bunga manggar yang sentiasa bersemangat

Bersiap sedia...barisan kepimpinan JKKK sedang menunggu kehadiran para para panel hakim

Antara sebahagian ahli "Kelab Motorsikal Bukit Wan" yang menyambut para hakim disempadan kampung.

Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) sedang memperkenalkan barisan kepimpinan kampung kepada panel hakim.

Tanda sambutan rasmi...bunga disemat didada

Para para hakim diarakkan ke Bangunan KRT

Kumpulan berzanji mengetuai perarakan....

Kadet Remaja Sekolah turut dijemput bagi upacara naikan jalur gemilang dan nyanyian lagu Negara Ku.

Turut sama hadir...Penghulu penghulu mukin dan Pegawai Khas Adun Batu Rakit.

Bersemangat...Kumpulan Koir Bukit Wan dengan nyanyi lagu rasmi kampung.... "Kampung Ku Gemilang"

Barisan kepimpinan JKKK pada majlis sesi taklimat dan soal jawab.

Pengerusi JKKK Bukit Wan...Tn Hj Chek Harun Ismail sedang menyampaikan taklimat kepada para para hakim

Para para panel hakim sedang meneliti profil kampung sambil mendengar taklimat tentang kampung.

Tn Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit)..turut sama hadir pada sesi lawatan ke kilang roti.

Semasa lawatan ke kilang roti...

Lawatan ke Taman Herba...

Di Taman Herba...Para hakim dihidangkan dengan minum petang "Air Kepala Muda"

Penghulu Kanan...Tn Hj Sulaiman turut sama menikmati air kepala muda.

Lawatan ketempat ternakan ayam serama.

Bergambar Kenang kenangan....Kepimpinan JKKK Bukit Wan bersama para para panel hakim dan juga YB Ustaz Khazan bergambar pada akhir sesi penghakiman di Taman Herba Kampung Bukit Wan.

Tiada ulasan: