04 Mac 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN DIANTARA RUMAH DAN PERTANDINGAN MEMANCING

Pada malam 25hb Februari 2011 telah berlangsung satu majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kawasan rumah dan Pertandingan Memancing telah diadakan di Bangunan KRT Bukit Wan pada jam 9.00 malam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu iaitu Haji Wan Sulaiman Wan Muda. Dalam ucapan perasmian, Tn Haji Wan Sulaiman sangat berbangga dan gembira dengan cara penduduk kampung Bukit Wan berkerjasama. Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi untuk melihat kampung Bukit Wan terus maju. Amat payah untuk kita mencari dalam sesebuah kampung, boleh dikatakan hampir setiap minggu mengadakan program gotong-royong" katanya. Ini menunjukkan sikap penduduk kampung yang sentiasa memberikan satu kerjasama yang kuat demi mengharumkan nama kampung. Beliau juga berharap agar komitmen yang diberikan akan berterusan sehingga sampai pada kemuncak pertandingan. Dan besar harapan beliau agar kampung Bukit Wan akan beroleh kemenangan pada hari pengumuman pertandingan nanti. Sementara itu menurut Encik Ambak Ismail selaku Setiausaha JKKK Bukit Wan, pertandingan ini adalah salah satu galakan untuk para penduduk sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan rumah masing-masing. Dengan galakan yang sentiasa diberikan oleh pihak JKKK, ianya akan dapat menambahkan lagi sifat cakna kepada kebersihan yang sentiasa diserapkan dalam agama. Pertandingan ini juga menurut Encik Ambak lagi sebagai salah satu sinambungan untuk pertandingan yang sedang disertai oleh JKKK Bukit Wan peringkat negeri. Dalam acara Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Rumah,hadiah pertama berupa wang tunai sebanyak RM300.00 dan hamper.Tempat kedua pula menerima wang tunai sebanyak Rm200.00 dan hamper. Manakala tempat ketiga wang tunai yang diberikan sebanyak RM100.00 dan juga hamper."Sebanyak 80 hadiah telah disediakan untuk semua para penduduk kampung" kata Encik Ambak lagi. Manakala dalam Pertandingan Memancing Ikan Darat pula sebanyak Rm100.00 dan hamper telah dimenangi oleh peserta yang menjadi juara. RM70.00 dan hamper menjadi milik peserta ditempat kedua dan RM50.00 serta hamper menjadi milik peserta tempat ketiga.Tempat keempat hingga kesepuluh telah diberikan hamper. Sebanyak tiga ketegori dalam pertandingan memancing telah disediakan hadiah.Katogeri lelaki,wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun telah berjaya menarik hampir 300 penyertaan pada hari pertandingan. Majlis yang dihadiri hampir seluruh penduduk Bukit Wan ini telah berakhir pada jam 11.15 malam.Antara yang hadir pada majlis ini ialah Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Gelugor Raja Kubang Parit Encik Mohd Ikram Rafhid.
Kehadiran penduduk kampung memang cukup memuaskan...
Johan kebersihan dan keceriaan rumah 2010....
Pn Asma Hitam..sedang menerima hadiah dari
Penghulu Kanan ...Tn Hj Wan Sulaiman.
Bangga...Johan Pertandingan Memancing bawah 12 tahun...
Muhammad Faris Abd Wahab.

Tiada ulasan: