15 Mac 2011

PENUBUHAN KELAB MOTOSIKAL BUKIT WAN (KMBW)

KETIKA banyak pihak mencemuh golongan mat rempit atau samseng jalanan yang rata-rata membabitkan kumpulan remaja yang sering dituduh mengganggu ketenteraman masyarakat, namun Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan menongkah arus dengan mengangkat martabat golongan ini dengan menubuhkan kelab motosikalnya sendiri. Pihak JKKK tidak pernah sisih dan pinggirkan mereka, sebaliknya memberi sokongan demi kearah kebaikan kepada minat mereka. Tujuan utama penubuhan (KMBW) adalah untuk menyatukan golongan remaja kampung dalam satu pasukan serta menghindari mereka dari gejala yang negetif. Dari masa kesemasa pihak JKKK akan bincang dengan mereka untuk mengadakan aktiviti yang sesuai seperti konvoi ketempat perkelahan dan sebagainya. Penyertaan KMBW ini terus dibuka kepada semua remaja Kampung Bukit Wan yang berusia seawal usia 18 tahun hingga 30 tahun dengan syarat utama, mereka perlu memiliki lesen memandu sebagai mematuhi peruntukan undang-undang untuk membolehkan mereka menyertai pelbagai aktiviti dan program permotoran yang dirancang. Majlis perasmian Kelab Motosikal Bukit Wan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Wan iaitu Encik Madzuki Abd Ghani. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah En Ambak Ismail (S/U JKKK) serta En Badri Ali selaku perancangan utama penubuhan kelab ini.
SEMOGA KMBW AKAN TERUS AKTIF

Nasihat dan peringatan...En Madzuki Abd Ghani (Tim Pengerusi JKKK) sedang menyampaikan ucapan kepada semua ahli kelab.

Antara sebahagian ahli Kelab bergambar dengan kepimpinan JKKK. Sepakat, bersatu dan usahakan yang terbaik Tanda sokongan.....Sumbangan hamper dari JKKK kepada ahli KMBW yang disampaikan oleh Tim Pengerusi JKKK (En Madzuki Abd Ghani)

Tiada ulasan: