15 Mei 2011

MAJLIS KESYUKURAN "KENDURI SEKAMPUNG".

Pada 14 Mei 2011, bertempat di Dataran KRT Kampung Bukit Wan telah berlangsung satu Majlis Kenduri Kesyukuran "Kenduri Sekampung". Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran sempena kejayaan kampung muncul johan Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2011 (Kategori Luar Operasi). Majlis ini telah dirancangkan oleh pihak JKKK sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung diatas kerjasama dan penat lelah penduduk kampung selama ini dalam menjayakan pertandingan tersebut. Majlis kenduri bermula jam 7.30 pagi dengan gotong royong melampah daging dan persiapan bahan bahan masakan. Disamping itu turut diadakan program pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Selain itu sesi ceramah pendidikan dari Kolej Teknologi Bestari (KTB) turut diadakan. Majlis ini turut dihadiri oleh Ustaz Hj Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Penghulu Kanan Tn Hj Wan Sulaiman.

Tiada ulasan: