09 Mei 2011

AHLI KELAB MOTOR BUKIT WAN (KMBW) BERGOTONG ROYONG BERSIH KAMPUNG.

Setelah Kelab Motor Bukit Wan (KMBW) ditubuhkan beberapa bulan yang lalu,ternyata kelab ini telah bergerak aktif dengan berbagai aktiviti aktiviti termasuklah konvoi ketempat perkelahan serta aktiviti aktiviti dikampung. Program terbaru ini adalah gotong royong bersih sekitar kampung yang diadakan pada 6 Mei 2011 yang baru lalu. Bermula jam 8.30 pagi, ahli kelab mula berkumpul dikawasan gotong royong. Berbagai aktiviti telah dijalankan dan mengikut jadual. Program ini berakhir jam 11.30 pagi. Pihak JKKK turut menyediakan makanan dan minuman disepanjang program berlangsung.
BERSAMA KEARAH MELAHIRKAN
BELIA PENYAYANG DAN BENCIKAN DADAH
Antara aktiviti yang dijalankan.... Bersih dipintu masuk kampung....
Tiga serangkai...sempat lagi bergambar.
Kita minum dulu...berehat sejenak.
Antara sebahagian Ahli Kelab Motor yang menyertai program ini....

Tiada ulasan: