Pada 10 Februari 2012 bertempat di kawasan lapang bersebelahan Bangunan KRT Kampung Bukit Wan telah berlangsung pesta sukan rakyat penduduk Kampung Bukit Wan dan juga penduduk sekitarnya. Acara sukan ini bermula jam 8.00 pagi yang melibatkan beberapa acara sukan seperti acara mewarna kanak kanak tadika, terompah gergasi, rakit darat, ambil coklat dalam tepung, kaki hantu, kupas dan kukur kelapa (berpasangan) serta beberapa acara lagi yang melibatkan semua golongan dan semua peringkat usia.
27 Februari 2012
19 Februari 2012
LAWATAN MUHIBBAH JKKK WAKAF MEMPELAM DAN JKKK MAKAM LAMA KE KAMPUNG BUKIT WAN
Pada 18 Februari 2012, satu lawatan muhibbah dari JKKK Wakaf Mempelam dan JKKK Makam Lama Kuala Terengganu ke Kampung Bukit Wan. Rombangan ini telah tiba di Kampung Bukit Wan pada jam 9.30 pagi dan ia disambut oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail). Satu sesi taklimat dan penerangan tentang kampung Bukit Wan ini telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK (Tn Hj Chek Harun Ismail) dan pada majlis ini turut diadakan sesi soaljawab serta tayangan video "Kampung Bukit Wan Hari Ini".
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail)
sedang menyampaikan taklimat....
Peserta rombongan sedang asyik menonton tayangan
video kampung...
Suasana dalam dewan Bangunan KRT Bukit Wan.
Pengerusi JKKK Bukit Wan sedang menerima buletin
dari JKKK Wakaf Mempelam.
Pengerusi JKKK Makam Lama dengan menyampaikan
cenderahati kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Bergambar kenang kenangan bersama barisan
kepimpinan JKKK Wakaf Mempelam.
Bersama kepimpinan JKKK Makam Lana.
11 Februari 2012
MAJLIS KEBERANGKATAN DYMM TUANKU SULTAN DAN SULTANAH TERENGGANU KE KAMPUNG BUKIT WAN
Pada tanggal 10 Februari 2012 (Jumaat) jam 4.45 petang, satu lagi catatan sejarah telah terpahat di Kampung Bukit Wan apabila KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu (Tuanku Mizan) dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu (Tuanku Nur Zahirah) telah mencemar duli ke Kampung Bukit Wan bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Permainan Sukan Rakyat. Ketibaan Tuanku berdua telah disambut oleh Yang Berhormat Dato Hj Mazlan bin Ngah (S/Usaha Kerajaan Terengganu), Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Nawawi Wan Ismail) dan Yang Berhormat Tn Hj Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) sambil diiringi oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad Said (MB Terengganu),Yang Amat Mulia Tengku Sri Temenggong Raja, Yang Berhormat Mulia Dato Syed Omar bin Abd Kadir dan Yang Berhormat Dato Bentara Luar. Sebelum sampai ke tapak perasmian, rombongan Diraja ini telah disambut oleh ratusan pelajar pelajar TBK disepanjang jalan dari simpang masuk ke Jalan Masjid. Hampir seluruh penduduk kampung Bukit Wan dan penduduk kampung sekitarnya telah keluar beramai ramai bagi melihat dari dekat wajah Raja dan Permaisuri Terengganu. Pada majlis ini Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah telah dipertontonkan permainan permainan tradiosinal iaitu Petik Mata, Tarik Upih, Porok dan Gasing dan ia dimainkan oleh penduduk Kampung Bukit Wan sendiri. Disamping permainan ini, pada sebelah pagi telah berlangsung beberapa acara sukan rakyat seperti terompah gergasi, kaki hantu, rakit darat, dan bermacam lagi acara sukan yang melibatkan seluruh kampung dalam Dun Batu Rakit. Pada majlis hadiah, Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Tn Hj Chek Harun Ismail) telah diberi penghormatan untuk menerima piala dari DYMM Tuanku Mizan. Dan setelah itu satu majlis penyerahan buah tangan dari penduduk penduduk Kampung Bukit Wan kepada DYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah dengan cara zaman silam iaitu dengan memikul "Lenja" dengan muatan buah buahan dan menjunjung "Pa" yang berisi kuih kuih tradiosinal. Suasana ini telah menimbulkan satu nostagia kenangan masa silam. Pada jam 5.30 petang , Tuanku Sultan dan Sultanah dan ahli rombongan telah berangkat balik meninggalkan majlis. Sesungguhnya kedatangan Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Terengganu ke Kampung Bukit Wan telah meninggalkan banyak kenangan dan ia akan menjadi satu lipatan sejarah yang pastinya tidak akan dilupakan sampai bila bila. Kami seluruh penduduk Kampung Bukit Wan dan penduduk sekitarnya amat teruja dan berbesar hati dengan keberangkatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.
DAULAT TUANKU
Ketibaan Tuanku Mizan disambut oleh Dato SUK (Mazlan Ngah)
Pegawai Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Nawawi Wan Ismail)
dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit (Ustaz Hj Khazan Che Mat)
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah diringi ke pentas utama
Tuanku Mizan berkenan bersalam salaman bersama
peserta peserta sukan rakyat.
Dipentas Diraja...
YB Ustaz Khazan (Adun Batu Rakit) sedang bersalaman
dengan Dato Mazlan Ngah (Dato SUK Terengganu)
Tuanku Mizan bergitu tertarik dengan alat pengangkutan
lama "Lenja" untuk membawa buah buahan.
sedang merapat sembah untuk menerima piala
pertandingan dari DYMM Tuanku Mizan.
Sebelum berangkat balik..Tuanku Mizan dan Tuanku
Nur Zahirah sempat bersalam salaman dengan penduduk kampung.
09 Februari 2012
MAKAN MALAM MUHIBBAH JKKK BUKIT WAN
Pada 9 Februari 2012, jam 9.00 malam, bertempat di Dataran KRT Kampung Bukit Wan telah diadakan majlis Makan Malam Muhibbah yang dianjurkan oleh pihak JKKK Bukit Wan sempena Majlis Keberangkatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanaku Sultan Terengganu dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Terengganu ke Kampung Bukit Wan pada 10 Februari 2012. Pada majlis makan malam ini turut diadakan tayangan video aktiviti aktiviti kampung yang dijalankan sepanjang tahun 2011. Majlis ini turut sama dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman) serta barisan kepimpinan kampung Bukit Wan.
Golong belia dan beliawanis turut masa menghiasi majlis
makan malam tersebut.
Makan sambil bersantai....
Berehat sambil menonton tayangan video (Skrin Besar)
Turut hadir...YB Ustaz Khazan (YB Batu Rakit)
Tn Hj Wan Sulaiman (Penghulu Kanan) dan Pok Ku
(Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit)
06 Februari 2012
TANAH PERKUBURAN KAMPUNG BUKIT WAN KE 2 TERBERSIH DI NEGERI TERENGGANU 2011/2012
Pada 5 Februari 2012, satu lagi catatan sejarah telah dilakar oleh JKKK Kampung Bukit Wan kerana berjaya memenangi tempat ke 2 dalam Pertandingan Kebersihan Tanah Perkuburan Islam Peringkat Negeri Terengganu 2011/2012. Majlis penyampaian hadiah telah disempunakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin (Sultan Terengganu) di Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu. JKKK Kampung Bukit Wan telah diwakili oleh En Ambak Ismail (S/Usaha JKKK) untuk menerima hadiah dari pada Tuanku Sultan yang berupa wang tunai Rm 3000 dan sijil penghargaan.
05 Februari 2012
JKKK BUKIT WAN DI MAJLIS PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1433H/2012M
Berdiri Megah...Kontenjen JKKK Bukit Wan
Ahli JKKK bersama sepanduk sepanduk yang dibuat khas.
Barisan depan..VVIP di Majlis Perarakan tersebut.
01 Februari 2012
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M
Kami bagi pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H / 2012M kepada seluruh penduduk Kampung Bukit Wan khasnya dan kepada semua muslimin dan muslimat secara amnya. Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ia akan terus menyatupadukan penduduk kampung dan seluruh umat islam keseluruhannya dengan semangat persefahaman dan bersikap tolak ansur dalam kehidupan seharian.
LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN NILAI NEGERI SEMBILAN
Pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Wan sentiasa merancang dan memikirkan sesuatu untuk kebaikan penduduk kampung secara keseluruhannya. Dari dulu hingga kini bermacam macam program telah dilaksanakan sama ada berbentuk riadah dan keilmuan serta dilaksana didalam kampung mahupun diluar kampung. Pada 26 Januari 2012 pihak JKKK Kampung Bukit Wan telah berjaya mengadakan satu lawatan bermaklumat sambil belajar ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai Negeri Sembilan dengan menyediakan 4 buah bas. Sambutan dari penduduk kampung amat menbanggakan dan ia turut melibatkan semua lapisan masyarakat. Pihak JKKK telah menyediakan sebuah bas khas untuk para belia. Rombongan ini telah bertolak pada jam 9.30 malam terus menuju ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur para ahli rombongan telah dibawa melawat Menara KLCC dan Dataran Merdeka. Selepas itu ahli rombongan terus ke Putrajaya. Apabila sampai di Putrajaya ahali rombongan telah disambut oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit) yang kebetulan berada di Putrajaya. YB Ustaz Khazan sempat beramah mesra dengan ahli rombongan dan beliau turut menyediakan jamuan makan tengahari kepada semua ahli rombongan. Pada sebelah petang pula, ahli rombongan telah dibawa ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk membeli belah. Pada jam 4.30 petang rombongan ini telah bertolak pulang kampung dan selamat tiba di Kampung Bukit Wan pada jam 2.15 pagi. Secara tidak langsung program lawatan ini telah merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk kampung dan juga boleh membuka minda dan pemikiran tentang keadaan dunia luar. Pihak penduduk kampung secara amnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada JKKK kerana mengadakan program lawatan seperti ini. Diharapkan agar pihak JKKK akan terus peka pada permasalah dan keperluan serta mengambil keceknaan pada seluruh penduduk kampung dimasa masa akan datang.
Pengerusi JKKK (Tn Hj Chek Harun)..sedang meneliti senarai
nama bagi menentukan bas mana perlu dinaiki
Pemandangan dalam bas sebelum bertolak...
Sempat bergambar di Dataran Merdeka
Dihadapan Masjid Putrajaya
Sebahagian peserta rombongan sempat bergambar beramai ramai
dihadapan Masjid Wilayah
Berehat seketika
Sebahagian pemuda dan belia yang menyertai
rombongan ini bergambar di Putrajaya.
Kepimpinan JKKK Bukit Wan sedang berbual bual
dengan YB Ustaz Khazan di Putrajaya.
YB Ustaz Khazan sempat meninjau bas rombongan
dan bertanya khabar ahli rombongan.
Peserta rombongan bergambar beramai ramai bersama
YB Ustaz Khazan dan kepimpinan JKKK sebelum pulang.
Langgan:
Catatan (Atom)