09 Februari 2012

MAKAN MALAM MUHIBBAH JKKK BUKIT WAN

Pada 9 Februari 2012, jam 9.00 malam, bertempat di Dataran KRT Kampung Bukit Wan telah diadakan majlis Makan Malam Muhibbah yang dianjurkan oleh pihak JKKK Bukit Wan sempena Majlis Keberangkatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanaku Sultan Terengganu dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Terengganu ke Kampung Bukit Wan pada 10 Februari 2012. Pada majlis makan malam ini turut diadakan tayangan video aktiviti aktiviti kampung yang dijalankan sepanjang tahun 2011. Majlis ini turut sama dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Tn Hj Wan Sulaiman) serta barisan kepimpinan kampung Bukit Wan.

Golong belia dan beliawanis turut masa menghiasi majlis
 makan malam tersebut.
Makan sambil bersantai....
Berehat sambil menonton tayangan video (Skrin Besar)
Turut hadir...YB Ustaz Khazan (YB Batu Rakit)
Tn Hj Wan Sulaiman (Penghulu Kanan) dan Pok Ku
(Pemangku Ketua Balai Polis Batu Rakit)

Tiada ulasan: