Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun bin Ismail) sekali lagi mengadakan kenduri sempena Majlis Perkahwian anak perempuan beliau. Majlis ini cukup meriah dengan di serikan dengan persembahan silat gayong di sebelah malam sambil di susuli dengan persembahan dikir barat dari kumpulan Pelajar Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit (PKA). Selain dari pelajar yang membuat persembahan, ada juga persembahan spontan dari tetamu yang hadir. Persembahan dikir barat ini sungguh menarik sehingga penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing masing hingga akhir persembahan. Keesokan harinya (14 Mac 2009) adalah hari yang sibuk bagi Che Harun dengan menunggu kehadiran para jemputan tiba. Kami seluruh penduduk Kg Bukit Wan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pengantin dan mengucapkan SELAMAT MENERIMA MENANTU kepada Che Harun.
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto dan video klip yang sempat dirakam pada malam itu. (mutu video kurang memuaskan...harap maaf)
Dikir Barat sedang rancak berlangsung...
Tetamu sedang menjamu selera....
Din....tukang karut berbakat besar yang lama terpendam
Aktiviti melapah daging....Kerbau seekor dan lembu seekor.
Yang tengok saja pun ramai....
Gaya seorang pesilat.....
Pesilat sedang beradu ketangkasan dan teknik mempertahankan diri
Persembahan dikir barat ....dari pelajar PKA Batu Rakit....memang hebat.
Orang dapur....kalau ini tak berasap...tak jadi majlis. Dari kiri.... Kamarul, Fikri dan Wari.
DIBAWAH INI DIPAPARKAN BEBERAPA VIDEO KLIP YANG SEMPAT DI RAKAM DALAM PERSEMBAHAN DIKIR BARAT PADA MALAM ITU. SELAMAT MENONTON..... (GAMBAR KURANG MEMUASKAN...HARAP MAAF)
Persembahan dari Pelajar Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit (PKA)
1
2
3
4
5
Din Jarah...tukang karut yang terpendam
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
Andainya anda ada foto yang menarik pada malam itu...sila hantar kepada Penulis Blog untuk dimasukkan kedalam blog ini....Kerjasama dari anda amat dihargai.......Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan