Pada 21 Mac 2009 yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu telah berkunjung ke Peti Undi Bukit Wan sempena Program Sehari Bersama Menteri Besar Terengganu. Program ini telah di adakan di padang bola Kg Gong Lingai yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kg Bukit Wan, Kg Bukit Nenasi, Kg Gong Lingai dan Kg Lingai. Dalam program ini banyak acara untuk penduduk setempat telah diadakan termasuklah futsal, bola jaring, sepakraga, golek rim sports, tarik tali, pakaian hodoh, kukur kelapa berpasangan dan banyak lagi acara yang menarik. Acara untuk kanak kanak TBK pun turut diadakan serta cabutan nombor bertuah juga disediakan untuk semua pengunjung yang hadir. Program ini bermula pada pukul 7 pagi, di mana 6 ekor lembu telah ditumbangkan untuk jamuan makan tengah hari bersama Dato Menteri Besar. Lembu lembu itu telah diagihkan mengikut JKKK masing masing dan dimasak secara bergotong royong di tapak program berlangsung. Disamping acara sukan, pihak penganjur juga turut mengadakan pameran dari agensi kerajaan seperti Agenci Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Pengangkutan Jalan, Yayasan Islam Terengganu, Tesdec, Pejabat Kesihatan Negeri dan lain lain lagi. Kehadiran masyarakat setempat amat memuaskan dan semua pihak telah memberi satu kerjasama yang cukup baik bagi melincinkan perjalanan program ini. Kehadiran Dato Menteri Besar telah disambut oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) dan semua Pengerusi JKKK sambil di iringi dengan paluan kompang dan perarakan bunga mangar. Setibanya ditapak program, Rombangan MB telah dipersembahkan satu pertunjukkan silat gayong yang sungguh menarik dari kanak kanak dari JKKK Gong Lingai. Dalam majlis ini juga Dato Menteri Besar telah mengagihkan anak pokok kelapa sawit untuk ditanam di sekitar rumah dan yang pasti ia akan memberi satu pendapatan sampingan yang agak lumayan. Didalam program ini juga, makanan tradisional pun turut dipamerkan dan cara pembuatannya seperti laksa dan makanan dari ubi gadong turut di adakan. Dato MB cukup tertarik dengan hasil dari ubi gadong yang telah dipamerkan dan MB turut merasainya. Dalam program ini juga Dato MB turut bermain futsal bersama JKKK setempat yang mendapat sorokan gemuruh dari penonton. Di akhir majlis MB turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan dan juga cabutan bertuah.
DIBAWAH INI DIPAPARKAN BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT DI AMBIL SEMPENA PROGRAM SEHARI MENTERI BESAR TERENGGANU DI PETI UNDI BUKIT WAN....
Barisan kita...(Dari kanan) Pak Su Aji, Che Lah, Pak Su It, Pak Su Da, Pak Ngah Li,
Din Che Rahimah dan Ku Man....
Pak Man....orang penting dalam kampung.
Sujiha dan Miah.....peserta bola jaring Bukit Wan
Sebahagian penduduk kampung yang hadir.....
Pengerusi JKKK Bukit Wan (Che Harun) diserbu....untuk dapat tiket nombor bertuah
Golongan istimewa pun turut hadir.....(Awang Seberang)
Acara kukur kelapa sedang berjalan......
Antara sebahagian anak muda yang hadir....
MB (pakai kain)...ke majlis makan tengah hari bersama penduduk kampung
MB disambut oleh 2 Pesilat Junior.....
MB dan rombongan menuju ke pentas utama......
Majlis Pembahagian Hadiah.....
Makan tengah hari.... (dua beranak)
Merasa makanan dari ubi gadong....memang sedap.... Kata MB
Ketua Pemuda Bahagian turut hadir.....terima kasih.
Gubahan sirih junjung turut dipamerkan.....
Peserta pakaian hodoh paling mendapat perhatian.....
Barisan peserta pertandingan pakaian hodoh..... memang hodoh pun...
Perbincangan ringkas untuk acara cabutan bertuah....kecoh jugak sekejap.
Tukang masak bersama masakannya....Kak Sinah dan Mok Leha...
Anak muda turut menceriakan suasana program....
Yang menang dapat hadiah....Azizi sedang menerima hadiah dari MB...Tahniah.
Acara TBK mendapat sambutan yang amat menggalakkan....
memang hebat dan versetal
Bola Jaring....Team Bukit Wan Juara...
Pameran dari JPJ....banyak matlumat dapat kat sini.....
Agensi Anti Dadah Kebangsaan..... banyak ilmu ada di sini
MB makan tengahari bersama YB Ustaz Khazan dan Pengerusi JKKK Bukit Wan.
Persembahan Silat.... dari Gong Lingai
JKKK diserbu .....
JKKK diserbu lagi.....
MB dan Ubi Gadong....cuba dengar molek.
Barisan peserta pakaian hodoh.....
Peserta bola jaring Bukit Wan sedang menerima hadiah dari MB....Juara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan