BUKIT WAN....Satu Program Gotong Royong Perdana telah diadakan di kampung Bukit Wan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Awan Batu Rakit dan Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. Dalam program ini hampir keseluruhan penduduk kampung telah keluar untuk sama sama membersihkan kawasan sekitar kampung khasnya ditepi jalan jalan utama dan juga sekitar rumah masing masing. Program ini telah disertai oleh seramai 39 pelajar dari Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu dan seramai 48 orang dari Pusat Kesihatan Awan Batu Rakit serta penduduk setempat. Tujuan utama program ini diadakan untuk menjaga kebersihan kampung agar bebas dari segala penyakit berjangkit serta kelihatan lebih bersih bagi menyambut kedatangan Menteri Besar Terengganu Dato Ahmad bin Said pada 21 Mac 2009 ini. Disamping itu juga ia boleh mengeratkan hubungan siraturahim antara penduduk kampung dengan pelajar kolej berkenanan dan sesama penduduk setempat. Semasa program ini berjalan, kita sudah dapat melihat kemesraan mula terjalin dan ini pastinya akan memberi satu kenangan manis kepada semua peserta program. Di akhir sesi program ini, pihak JKKK telah menyediakan satu hidangan makan tengah hari (nasi ala kampung) dan satu majlis ringkas bagi menutup program gotong royong tersebut. Pengerusi JKKK kg Bukit Wan (Che Harun bin Ismail) telah menyampaikan ucapan penuntup dan di susuli pula wakil dari Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit serta wakil dari Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. Program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari.
KAMI WARGA KAMPUNG BUKIT WAN SANGAT TERHARU DENGAN KERJASAMA YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH SEMUA PELAJAR PUSAT KESIHATAN AWAM BATU RAKIT (PKA) DAN KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA TERENGGANU (KKKT) DALAM MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG INI. SEGALA JASA BAIK ANDA AKAN DIKENANG DAN DI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan anda dan sebagai satu kenangan manis kepada semua peserta program ini.










- DI SINI JUGA DIPAPARKAN SEDIKIT SUDUTAN VIDEO PADA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA YANG DIADAKAN PADA 13 MAC 2009.
Ucapan Pengerusi JKKK Bukit Wan di Majlis Penutup Program Gotong Royong Perdana Dengan Kerjasama Pusat Kesihatan Awam Batu Rakit Dan Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu(Ucapan 1)
(Ucapan 2)
(Ucapan 3)
(Ucapan 4)
Ucapan wakil PKA Batu Rakit...
Juga ucapan wakil PKA Batu Rakit...
Ucapan wakil KKKT....memang ringkas...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan