09 Mac 2009

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN (BUKIT WAN & GONG LINGAI) PADA 9/3/2009

BUKIT WAN .......Pada petang 9/3/2009 (Isnin) telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan 40 tahun keatas di antara kampung Bukit Wan melawan kampung Gong Lingai. Perlawanan ini berlangsung di kampung Gong Lingai dan kehadiran para penonton amat mengalakkan. Persembahan kedua dua pasukan cukup menghiburkan dan telah mempamerkan satu semangat kesukanan yang tinggi serta tiada berlaku apa apa perkara yang tidak di ingini. Perlawanan ini berakhir dengan Bukit Wan (1) dan Gong Lingai (0). Gol Kg Bukit Wan telah dijaringkan oleh Che Adnan Che Ahmad pada minit ke 12 separuh masa kedua. Perlawanan ini bertujuan untuk melatih pemain bagi menghadapi perlawanan sebenar yang akan bermula tidak lama lagi dan juga bagi memupuk semangat berkerjasama dalam satu pasukan serta mengeratkan lagi hubungan siraturahim di kedua dua kampung.
Perlawanan baru bermula... Saling serang menyerang.
Berbincang dan atur strategi....
Antara sebahagian penonton ... Pengerusi JKKK turut hadir.
Bola sepak.... menguji ketahanan fizikal dan mental.