28 April 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT FAIROS DAN PASANGANNYA

Kami dari Blog Budak Bukit Wan dan mewakili seluruh penduduk kampung mengucapkan Selamat Pengantin Terbaru kepada Cik Fairos dan bakal pasangannya (Joe) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei 2009 (Sabtu). Buat Cik Fairos kami ucapkan Selamat Menempuh Hari Bahagia...Selamat Pengantin Terbaru dan Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Anak Cucu Cicit serta semoga majlis yang bakal berlangsung akan berjalan dengan lancar dan selamat...
SELAMAT PENGANTIN TERBARU......
Peta lokasi rumah Pengantin

25 April 2009

GASING - BUKIT WAN LAWAN LEREK - 25 APRIL 2009

Team gasing Bukit Wan berada dalam keadaan genting setelah tewas kepada pasukan lerek dengan kiraan 1 embat dan perlawanan terdahulu hanya seri 0 - 0 dengan pasukan Gong Lingai. Walaupun tewas namun semangat dalam satu pasukan semangnya boleh dipuji dan dibanggakan. Untuk meneruskan cabaran keseparuh akhir, Team Bukit Wan hanya bergantung harap kepada pasukan lerek untuk menewaskan Pasukan Gong Lingai dengan kiraan 2 embat. Andainya ini menjadi kenyataan, maka team Bukit Wan akan layak keseparuh akhir. Namun segalanya berkemungkinan dan apa apa pun boleh berlaku.
FOTO SEMASA PELIGAT GASING
Apa apa pun makan dulu... pulut berinti....
Gasing dak naik minit belaka.....sudah doh lah.
Gasing ni ada cam.....sejam dah
Sokongan dari warga emas.....
Barisan peminat setia gasing Team Bukit Wan.

BOLA SEPAK PIALA ADUN BATU RAKIT (YB KHAZAN) - 24 APRIL 2009

Team Bukit Wan sekali lagi meneruskan kecermerlangannya selepas menewaskan pasukan Mengabang Lekar dengan 4 - 0. Permainan hampir 70 % dikuasai oleh Team Bukit Wan dan banyak peluang yang telah terhasil namun kegopohan barisan hadapan sedikit mengecewakan. Namun bergitu di ucapkan tahniah kerana kemenangan tersebut. Selepas ini Team Bukit Wan akan berhadapan dengan pasukan Pecah Rotan.
BUKIT WAN FC....teruskan kecermerlangan Antara pejaring gol...Mr Firdaus Ada perancangan yang tersendiri.......Bad dan Ambak
Masa rehat....sempat jugak main dengan anak
Berehat dan berbincang mencari strategi terbaru

Video...semasa rehat (1)

video....semasa rehat (2)

19 April 2009

AL FATIHAH UNTUK HAMDAN BIN ISMAIL KERANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Hamdan bin Ismail (anak Pok Sa) telah kembali ke rahmatullah pada malam ahad 18 April 2009 di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Jenazahnya telah selamat di kebumikan di kampung Bukit Wan selepas solat zohor. Semua penduduk Kampung Bukit Wan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh........Al Fatihah.

18 April 2009

KAMPUNG BUKIT WAN DI KEJOHANAN GASING DUN BATU RAKIT 2009

Permainan gasing masih lagi ramai diminati khasnya orang dewesa dan tidak kurang juga generasi muda. Ini telah terbukti dimana pada 18 April 2009 yang baru lalu telah diadakan perlawanan gasing di Kampung Wakaf Cagak Batu Rakit yang telah melibatkan Kampung Bukit wan. Pada pertandingan tersebut Kampung Bukit Wan telah melawan Kampung Gong Lingai yang berkesudahan seri 0 - 0. Perlawanan bermula pada jam 8.00 pagi dimana pihak penganjur telah membuat undian padang dan selepas itu undian untuk memangkah atau memusing. Team Bukit Wan memulakan perlawanan dengan mendapat undian pangkah. Perlawanan ini berakhir pada pukul 3.15 petang. Kehadiran penyokong dari Kampung Bukit Wan amat menggalakan khasnya dari golongan muda. Team Gasing Bukit Wan pada tahun ini hampir 90 peratus adalah dari golongan muda. Ini satu perkembangan yang amat baik bagi meneruskan permainan tradisional dari nenek moyang kita dulu yang mempunyai banyak hikmah dan pengajarannya disebalik permainan tersebuk. .....KEPADA SEMUA PEMAIN GASING TEAM BUKIT WAN DIUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA KESEFAHAMAN DAN BERKERJASAMA DALAM SATU TEAM YANG NYATA TELAH MEMBERIKAN SATU SEMANGAT JUANG UNTUK TERUS MELAWAN....TAHNIAH....KITA LAWAN KG LEREK PULAK PADA 25 APRIL 2009 INI...KITA PASTI MENANG.................Dibawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakam pada perlawanan tersebut.

Gasing yang digunakan pada perlawanan itu
Padang perlawanan di Wakaf Cagak....Batu Rakit Gabuh....test tali...lekat ke dok
Perbincang tak formal......
Paksi mesti betul.....baru tahan lama bos....
Bila main gasing....baru nampak anak anak muda kita berkumpul macam ni.....bertanya khabar dan bertukar tukar pendapat. Inilah antara hikmah main gasing.
Tok Bomoh kita rilex je atas tikar......
Sebahagian dari penonton ........
Macam budak Thailand....(Me'ri ) rajin ugak budak ni.
Berehat dan bersantai seketika.......
Makan tengahari pun disediakan.....nasi sayur tener dan ayam goreng serta sambal belacan. Memang sedap lah ....
Memang betul betul dahaga lah ni......
(Aziz)....nak pusing hok du'lu......... jadi ugak ari tu...
Nusi...bakat baru pemain gasing kampung Bukit Wan
Gasing ni rosaklah...patutlah dok rock.
Nak kocak dah weh......
Tamat perlawanan....salam bersalam antara satu sama yang lain.
Comel doh tu...

14 April 2009

SESI LATIHAN GASING KG BUKIT WAN

Petang Selasa....14 April 2009...Sesi latihan gasing baru bermula di kampung Bukit Wan bagi menghadapi kejohanan Gasing Pangkah Dun Batu Rakit yang dijangka bermula pada 18 April ini. Tahun ini sekali lagi Kampung Bukit Wan menyertai kejohanan ini yang di adakan setiap tahun bagi merebut Piala YB Batu Rakit (Ustaz Khazan). Ramai anak anak muda yang berbakat akan diketengahkan dan diberi kepercayaan untuk mewakili Team Bukit Wan bagi memberi saingan pada pasukan lawan. Sesi latihan ini juga ada dijalankan pada waktu malam mulai jam 9.30 malam hingga jam 12.30 tengah malam. SELAMAT MENJALANI LATIHAN BUAT TEAM BUKIT WAN......
Tok Kemudi Baru (Mawi)...kerap menjalani latihan. Ligat gasing ni....sejam tiga minit Suasana dipadang latihan...ramai yang hadir. Sebahagian dari peminat dan penyokong gasing Kg Bukit Wan Sedang sambung ujung alik....Rahmat dan Mawi
Bubur kacang dan air sirap turut disediakan ...percuma lagi.
Sebahagian peminat gasing sedang memerhatikan gasing... Gasing mana paling tahan lama?
Sambil sambil tengok gasing....sempat jugak berbincang hal hal semasa .....

12 April 2009

Kerajaan Peruntuk RM2.2 Juta Kaji Ubi Gadong

IMBUHAN...Menteri Besar, Dato' Ahmad Said menyampaikan peruntukan kepada pengusaha produk ubi gadong selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman.
KERAJAAN negeri meluluskan peruntukan RM2.2 juta bagi membiayai kajian mengenai penghasilan produk berasaskan ubi gadong yang akan dilaksanakan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata peruntukan bagi tempoh dua tahun dan sebagai permulaan sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan tahun ini untuk membolehkan pihak UDM membuat kajian mengenainya.Terdahulu, beliau dan anggota Exco lain sempat merasa keenakan 11 jenis kuih yang dihasilkan menggunakan ubi gadung antaranya bingka, kerepek, kek, bait, gadung tanak, pengat, puteri mandi, kuih gomok, lok lit, ondeh-ondeh, mufin dan biskut yang dimasak oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan. Dato’ Ahmad turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM20,000 kepada dua pengusaha produk ubi gadong daripada Kampung Bukit Wan (RM10,000) dan Bukit Nenasi (RM10,000), Batu Rakit, sebagai dorongan kepada mereka melipatgandakan usaha menghasilkan produk makanan berasaskan ubi gadong.

11 April 2009

JADUAL PERTANDINGAN GASING KG BUKIT WAN

PADA 18 APRIL 2009(SABTU)... BUKIT WAN LAWAN GONG LINGAI ............ PADA 25 APRIL 2009(SABTU)..... BUKIT WAN LAWAN LEREK.......... 3 PASUKAN DALAM SATU KUMPULAN. ..HANYA 2 PASUKAN YANG LAYAK KESEPARUH AKHIR...... SAMA SAMALAH KITA MEMBERI SOKONGAN KEPADA TEAM GASING KITA. KEPADA TOK MUDI TU.....BANYAKAN LATIHAN

MAKAN MALAM ZON B....CUKUP MERIAH

Kampung Bukit Wan telah lama dibahagikan kepada 4 zon. Iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Tiap tiap zon itu pula dilantik seorang ketua bagi merangcang dan menjalankan program masing masing. Di dalam Zon B terdapat sebanyak 40 buah rumah dan jumlah penghuninya seramai 200 orang. Ketua Zon B, Encik Ngah bin Said telah lama merancang untuk mengadakan satu Majlis Makan Ikan Bakar untuk semua penduduk Zon B. Program ini telah menjadi kenyataan pada 10 April 2009 yang baru lalu. Program ini bermula dari petang lagi di mana hampir keseluruhan ahli dalam Zon B telah hadir bergotong royong membuat persiapan dan mencari bahan untuk tujuan tersebut. Program ini diadakan berhampiran dengan rumah Ketua Zon B iatu di tapak masjid lama. Antara menu yang disediakan adalah seperti ikan bakar (cukup sedap), nasi goreng, mee goreng, tapai raya, bubur lambuk dan beranika jenis kuih...(lebih dari macam hari raya). Selain dari penduduk Zon B, ahli ahli dari zon lain juga dijemput hadir bersama bagi menikmati hidangan yang disediakan. Makan Malam ini bermula selepas selesai solat Isyak. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan terus mengekalkan semangat kejiranan serta saling tolong menolong diantara satu sama yang lain. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dimasa - masa yang mendatang. TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI ZON B.........
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakam dalam program tersebut.
Mercu Tanda Zon B Kemeriahan cukup terasa....ramai yang hadir. Ikan ikan bakar sedang dibakar......4 jenis ikan ada..... (sedap sedap belaka) Bergotong royong bakar ikan.....
Kak Ton dan Kak Tie.....pakar bakar ikan
Persediaan buat rempah ikan bakar.....
Nak goreng gapa tu?
Tolong menolong .....buat nasi goreng ni.