11 April 2009

MAKAN MALAM ZON B....CUKUP MERIAH

Kampung Bukit Wan telah lama dibahagikan kepada 4 zon. Iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Tiap tiap zon itu pula dilantik seorang ketua bagi merangcang dan menjalankan program masing masing. Di dalam Zon B terdapat sebanyak 40 buah rumah dan jumlah penghuninya seramai 200 orang. Ketua Zon B, Encik Ngah bin Said telah lama merancang untuk mengadakan satu Majlis Makan Ikan Bakar untuk semua penduduk Zon B. Program ini telah menjadi kenyataan pada 10 April 2009 yang baru lalu. Program ini bermula dari petang lagi di mana hampir keseluruhan ahli dalam Zon B telah hadir bergotong royong membuat persiapan dan mencari bahan untuk tujuan tersebut. Program ini diadakan berhampiran dengan rumah Ketua Zon B iatu di tapak masjid lama. Antara menu yang disediakan adalah seperti ikan bakar (cukup sedap), nasi goreng, mee goreng, tapai raya, bubur lambuk dan beranika jenis kuih...(lebih dari macam hari raya). Selain dari penduduk Zon B, ahli ahli dari zon lain juga dijemput hadir bersama bagi menikmati hidangan yang disediakan. Makan Malam ini bermula selepas selesai solat Isyak. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan terus mengekalkan semangat kejiranan serta saling tolong menolong diantara satu sama yang lain. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dimasa - masa yang mendatang. TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI ZON B.........
Dibawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakam dalam program tersebut.
Mercu Tanda Zon B Kemeriahan cukup terasa....ramai yang hadir. Ikan ikan bakar sedang dibakar......4 jenis ikan ada..... (sedap sedap belaka) Bergotong royong bakar ikan.....
Kak Ton dan Kak Tie.....pakar bakar ikan
Persediaan buat rempah ikan bakar.....
Nak goreng gapa tu?
Tolong menolong .....buat nasi goreng ni.

Tiada ulasan: