14 April 2009

SESI LATIHAN GASING KG BUKIT WAN

Petang Selasa....14 April 2009...Sesi latihan gasing baru bermula di kampung Bukit Wan bagi menghadapi kejohanan Gasing Pangkah Dun Batu Rakit yang dijangka bermula pada 18 April ini. Tahun ini sekali lagi Kampung Bukit Wan menyertai kejohanan ini yang di adakan setiap tahun bagi merebut Piala YB Batu Rakit (Ustaz Khazan). Ramai anak anak muda yang berbakat akan diketengahkan dan diberi kepercayaan untuk mewakili Team Bukit Wan bagi memberi saingan pada pasukan lawan. Sesi latihan ini juga ada dijalankan pada waktu malam mulai jam 9.30 malam hingga jam 12.30 tengah malam. SELAMAT MENJALANI LATIHAN BUAT TEAM BUKIT WAN......
Tok Kemudi Baru (Mawi)...kerap menjalani latihan. Ligat gasing ni....sejam tiga minit Suasana dipadang latihan...ramai yang hadir. Sebahagian dari peminat dan penyokong gasing Kg Bukit Wan Sedang sambung ujung alik....Rahmat dan Mawi
Bubur kacang dan air sirap turut disediakan ...percuma lagi.
Sebahagian peminat gasing sedang memerhatikan gasing... Gasing mana paling tahan lama?
Sambil sambil tengok gasing....sempat jugak berbincang hal hal semasa .....

Tiada ulasan: