18 April 2009

KAMPUNG BUKIT WAN DI KEJOHANAN GASING DUN BATU RAKIT 2009

Permainan gasing masih lagi ramai diminati khasnya orang dewesa dan tidak kurang juga generasi muda. Ini telah terbukti dimana pada 18 April 2009 yang baru lalu telah diadakan perlawanan gasing di Kampung Wakaf Cagak Batu Rakit yang telah melibatkan Kampung Bukit wan. Pada pertandingan tersebut Kampung Bukit Wan telah melawan Kampung Gong Lingai yang berkesudahan seri 0 - 0. Perlawanan bermula pada jam 8.00 pagi dimana pihak penganjur telah membuat undian padang dan selepas itu undian untuk memangkah atau memusing. Team Bukit Wan memulakan perlawanan dengan mendapat undian pangkah. Perlawanan ini berakhir pada pukul 3.15 petang. Kehadiran penyokong dari Kampung Bukit Wan amat menggalakan khasnya dari golongan muda. Team Gasing Bukit Wan pada tahun ini hampir 90 peratus adalah dari golongan muda. Ini satu perkembangan yang amat baik bagi meneruskan permainan tradisional dari nenek moyang kita dulu yang mempunyai banyak hikmah dan pengajarannya disebalik permainan tersebuk. .....KEPADA SEMUA PEMAIN GASING TEAM BUKIT WAN DIUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA KESEFAHAMAN DAN BERKERJASAMA DALAM SATU TEAM YANG NYATA TELAH MEMBERIKAN SATU SEMANGAT JUANG UNTUK TERUS MELAWAN....TAHNIAH....KITA LAWAN KG LEREK PULAK PADA 25 APRIL 2009 INI...KITA PASTI MENANG.................Dibawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat dirakam pada perlawanan tersebut.

Gasing yang digunakan pada perlawanan itu
Padang perlawanan di Wakaf Cagak....Batu Rakit Gabuh....test tali...lekat ke dok
Perbincang tak formal......
Paksi mesti betul.....baru tahan lama bos....
Bila main gasing....baru nampak anak anak muda kita berkumpul macam ni.....bertanya khabar dan bertukar tukar pendapat. Inilah antara hikmah main gasing.
Tok Bomoh kita rilex je atas tikar......
Sebahagian dari penonton ........
Macam budak Thailand....(Me'ri ) rajin ugak budak ni.
Berehat dan bersantai seketika.......
Makan tengahari pun disediakan.....nasi sayur tener dan ayam goreng serta sambal belacan. Memang sedap lah ....
Memang betul betul dahaga lah ni......
(Aziz)....nak pusing hok du'lu......... jadi ugak ari tu...
Nusi...bakat baru pemain gasing kampung Bukit Wan
Gasing ni rosaklah...patutlah dok rock.
Nak kocak dah weh......
Tamat perlawanan....salam bersalam antara satu sama yang lain.
Comel doh tu...

Tiada ulasan: