12 April 2009

Kerajaan Peruntuk RM2.2 Juta Kaji Ubi Gadong

IMBUHAN...Menteri Besar, Dato' Ahmad Said menyampaikan peruntukan kepada pengusaha produk ubi gadong selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman.
KERAJAAN negeri meluluskan peruntukan RM2.2 juta bagi membiayai kajian mengenai penghasilan produk berasaskan ubi gadong yang akan dilaksanakan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata peruntukan bagi tempoh dua tahun dan sebagai permulaan sebanyak RM1 juta akan diperuntukkan tahun ini untuk membolehkan pihak UDM membuat kajian mengenainya.Terdahulu, beliau dan anggota Exco lain sempat merasa keenakan 11 jenis kuih yang dihasilkan menggunakan ubi gadung antaranya bingka, kerepek, kek, bait, gadung tanak, pengat, puteri mandi, kuih gomok, lok lit, ondeh-ondeh, mufin dan biskut yang dimasak oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan. Dato’ Ahmad turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM20,000 kepada dua pengusaha produk ubi gadong daripada Kampung Bukit Wan (RM10,000) dan Bukit Nenasi (RM10,000), Batu Rakit, sebagai dorongan kepada mereka melipatgandakan usaha menghasilkan produk makanan berasaskan ubi gadong.

Tiada ulasan: