25 Januari 2010

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT KAMPUNG BUKIT WAN 2009.

Program memasak bubur asyura bagi peringkat Kampung Bukit Wan telah dijalankan pada 23 Januari 2010 yang baru lalu bertempat dibangunan KRT. Program ini merupakan kali ke-2 ia diadakan dikampung Bukit Wan. Sebelum ini ia telah dijalankan mengikut peringkat zon masing masing iaitu pada 8 Januari 2010. Program ini telah dirancangkan oleh pihak JKKK dengan kerjasama seluruh penduduk kampung. Pada program ini sebanyak 5 kawah bubur asyura telah berjaya dihasilkan. Program ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit). Dalam program ini pihak Jkkk turut menyediakan makan tengahhari kepada semua yang hadir. Ternyata program yang sebergini pasti mendapat kerjasama yang amat baik dari seluruh penduduk kampung. Semasa majlis ini berlangsung kita dapat melihat semangat kerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain. Dengan secara tidak langsung pada program yang sebergini kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara penduduk kampung.
Semoga Penduduk Kampung Bukit Wan akan terus bersatu padu dan berkerjasama dalam satu pasukan.

Sebahagian kaum ibu yang mewarnai program ini.

Suasana diawal pagi...sudah ramai yang datang.
Turut hadir...Pegawai polis dari Balai Batu Rakit. Berkerjasama dan bergotong royong adalah perkara biasa di Kampung Bukit Wan.
Warga Emas (Mok Cik Semek)...bergitu tekun
pengucar bubur asyura.....
YB Khazan turut sama mengucar bubur asyura
bersama barisan kepimpinan kampung.
Seorang penduduk kampung (Wan Ismail)
... bertanyakan sesuatu kepada YB Khazan.
Sedang tunggu giliran untuk mengucar bubur asyura...
Kucar dan terus kucar....5 jam baru masak. Hasilnya...Bubur Asyura yang dah masak. Bubur Asyura yang siap untuk diagihkan kepada semua penduduk kampung.

16 Januari 2010

KUNJUNGAN MUHIBAH KE TELAGA PAPAN OLEH PEMUDA BUKIT WAN

Dari masa kesemasa pihak pentadbiran kampung sentiasa berusaha mencari program program yang sesuai untuk pemuda pemudi dikampung. Yang terbaru iaitu pada 15 Januari 2010, satu rombongan muhibah pemuda dan pemudi Kampung Bukit Wan ke Kampung Telaga Papan Setiu untuk mengadakan beberapa sesi perlawanan persabahatan. Antara perlawanan yang diadakan ialah perlawanan futsal, perlawanan bola jaring dan perlawanan bola sepak. Kunjungan ini telah diatur dengan rapi oleh kepimpinan kampung kedua dua belah pihak. Ternyata program yang seperti ini cukup bermakna dan memberi satu jalianan mesra serta ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kedua dua belah pihak.
Sebahagian pemain dan penonton Team futsal Bukit Wan. Satu perlawanan yang sengit. (Bukit Wan 7 - Telaga Papan 6) Team Bukit Wan - Baju Oren...
Team Bola jaring Bukit Wan tetap unggul.
(Bukit Wan 50 - Telaga Papan 8)
Pengurus Team Bola Bukit Wan ...En Marzuki
(baju merah - kiri) tekun melihat anak buah bermain.Team Bukit Wan terkini (2010)
Sesi bergambar...sebelum perlawanan bermula.
Antara sebahagian penonton yang hadir...cukup ramai.
Satu taklimat dan nasihat dari Pengurus Pasukan. Satu perlawanan yang rancak dan menghiburkan (Bukit Wan 4 - Telapa Papan 1)

09 Januari 2010

Gotong-royong Memasak Bubur Asyura Kampung Bukit Wan - (Bagi Zon B)

Pada 8 Januari 2010 bersamaan 22 Muharram 1431H telah diadakan program gotong royong memasak bubur Asyura dikampung Bukit Wan bagi zon B. Program ini telah mendapat kerjasama yang amat baik dari penduduk zon B dan berjalan dengan lancar. Selain memasak bubur Asyura, peserta program juga turut memasak lauk pauk untuk hidangan makan tengahari. Pada program ini sebanyak 2 kawah bubur Asyura telah berjaya dihasilkan. Bubur ini akan diagihkan kepada setiap rumah dalam zom B. Apa yang pasti program ini telah menjadi program tahunan dikampung Bukit Wan khasnya dalam Zon B. Dengan adanya program yang seperti ini ia akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.
Ketua Zon B (Pok Awang - kiri) sedang mengucar
bubur Asyura
Kaum ibu pun turut sama kacau bubur Asyura
(Kak Nor dan Kak Idah)
########
#############
###########
Hulkali pun turut dalam program ini. Sekali sekala makan bergini sedap jugak... Kaum ibu sedang menjamu selera...
Bekas tradisional untuk bubuh bubur Asyura. kerja kerja membungkus bubur Asyura

Telah siap untuk diagihkan - Dari Zom B.

02 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Selamat tahun baru 2010 diucapkan kepada semua penduduk Kampung Bukit Wan khasnya dan kepada sesiapa saja yang melayari laman blog ini. Kepada semua penduduk kampung diharapkan agar teruskan dengan tradisi kita iaitu semangat berkerjasama, tolong menolong, bantu membantu, kekalkan semangat kejiranan dan lain lain lagi yang telah membawa kita pada satu "keselesaan hidup". Kita dalam masyarakat kampung atau dalam pertubuhan janganlah ada sikap "BERPUAK PUAK" dan "AKU YANG HEBAT" atau "PENTING PADA NAMA". Semoga pada tahun baru ini, kampung kita akan terus damai sedamai - sedamainya.
KAMPUNG BUKIT WAN "DESA CEMERLANG"

PROGRAM BELIA 4B BUKIT WAN SEMPERNA TAHUN BARU 2010.

Pertubuhan Belia 4B Kampung Bukit Wan semestinya tidak pernah sunyi dengan program programnya untuk golongan belianya. Pada 31 Disember 2009 bertempat di Bangunan KRT telah diadakan satu "Tayangan Gambar" berkenaan dengan aktiviti aktiviti yang pernah diadakan dan tayangan program "belia benci dadah" turut diadakan. Tayangan ini bertajuk "Belia Hari Ini Adalah Pewaris Kepimpinan Hari Esok" dan ia diadakan semperna menyambut tahun baru 2010. Program ini telah dihadiri oleh semua lapisan masyarakat khasnya golongan belia dan remaja. Pengerusi JKKK iaitu En Harun bin Ismail turut sama menghadiri program ini dan memberi ucapan kepada yang hadir. Program ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ambak Ismail selaku AJK Belia. Selain itu cabutan bertuah turut diadakan kepada semua yang hadir.
"BELIA MESRA MASYARAKAT"
"KITA SEMUA...JANGAN BERPUAK PUAK"
"BELIA BENCI DADAH"
Poster Promosi Program...
Belia dan remaja sedang mendaftarkan diri untuk
sesi cabutan bertuah.
Golongan dewasa turut sama memeriahkan program.
Kanak kanak pun turut sama hadir...satu
perkembangan yang positif.
Pengerusi Jkkk (En Harun) ... sedang menyampaikan
ucapan dalam program tersebut sambil diperhatikan
oleh En Azman (Pengerusi Belia) dan En Ambak selaku
Pengerusi Majlis.
Tayangan gambar...ternyata mendapat sambutan
yang amat baik... En Zahari antara yang bertuah dan reaksi penonton semasa tayangan berlangsung...
Koleksi foto pada sesi cabutan bertuah...
Tahniah kepada yang bertuah...
Warga emas...Pok Long Che Him antara
yang paling bertuah.

01 Januari 2010

PROGRAM MALAM NUR 1431 HIJRAH.

Program Malam Nur semperna tahun baru hijrah 1431 telah diadakan di Padang Bola Kg Gong Lingai Batu Rakit. Program ini dianjurkan oleh Ustaz YB Haji Khazan bin Che Mat selaku Exco Agama dan Penerangan Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dan dijangkakan lebih 1500 orang telah menghadirinya. Kumpulan nasyid Hijjaz telah dijemput menghiasi program ini yang dipengerusikan oleh Pok De (Raja Lawak) serta artis undangan dari Kumpulan nasyid Soutul Mizan (pelajar Sek Men Tengku Mizan). Dalam majlis ini juga telah diadakan Anugerah Tokoh Maahal Hijrah 1431 bagi DUN Batu Rakit. Yang pasti program yang seperti ini amat sesuai untuk terus diadakan dan dicadangkan agar ia dijadikan acara tahunan bagi DUN Batu Rakit.
Poster promosi Program Malam Nur
1431 Hijrah.

Antara sebahagian dari yang hadir. YB Khazan bersama barisan kepimpinan kampung (Pengerusi JKKK Bukit Wan dan Pengerusi JKKK Gong Lingai) serta Pegawai Khas YB. Ustaz YB Khazan menyampaikan ucapan dan merasmikan program.

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Batu Rakit...
saudara Azhar.
Kumpulan nasyid Soutul Mizan...turut menghiasi
program dengan persembahan yang mantap.
Kumpulan Hijjaz ...diundang khas untuk program ini. Ustaz Pok...Tokoh Maahal Hijrah Dun Batu Rakit 1431 hijrah sedang menerima anugerah dari Ustaz YB Khazan.
Diakhir program...semua artis dan barisan kepimpinan
berada dipentas untuk Selawat Ke Atas Nabi.
YB Khazan bersama Kumpulan Hijjaz. Penulis blog (hulkali)...sempat juga bergambar dipentas.