16 Januari 2010

KUNJUNGAN MUHIBAH KE TELAGA PAPAN OLEH PEMUDA BUKIT WAN

Dari masa kesemasa pihak pentadbiran kampung sentiasa berusaha mencari program program yang sesuai untuk pemuda pemudi dikampung. Yang terbaru iaitu pada 15 Januari 2010, satu rombongan muhibah pemuda dan pemudi Kampung Bukit Wan ke Kampung Telaga Papan Setiu untuk mengadakan beberapa sesi perlawanan persabahatan. Antara perlawanan yang diadakan ialah perlawanan futsal, perlawanan bola jaring dan perlawanan bola sepak. Kunjungan ini telah diatur dengan rapi oleh kepimpinan kampung kedua dua belah pihak. Ternyata program yang seperti ini cukup bermakna dan memberi satu jalianan mesra serta ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kedua dua belah pihak.
Sebahagian pemain dan penonton Team futsal Bukit Wan. Satu perlawanan yang sengit. (Bukit Wan 7 - Telaga Papan 6) Team Bukit Wan - Baju Oren...
Team Bola jaring Bukit Wan tetap unggul.
(Bukit Wan 50 - Telaga Papan 8)
Pengurus Team Bola Bukit Wan ...En Marzuki
(baju merah - kiri) tekun melihat anak buah bermain.Team Bukit Wan terkini (2010)
Sesi bergambar...sebelum perlawanan bermula.
Antara sebahagian penonton yang hadir...cukup ramai.
Satu taklimat dan nasihat dari Pengurus Pasukan. Satu perlawanan yang rancak dan menghiburkan (Bukit Wan 4 - Telapa Papan 1)

Tiada ulasan: