02 Januari 2010

PROGRAM BELIA 4B BUKIT WAN SEMPERNA TAHUN BARU 2010.

Pertubuhan Belia 4B Kampung Bukit Wan semestinya tidak pernah sunyi dengan program programnya untuk golongan belianya. Pada 31 Disember 2009 bertempat di Bangunan KRT telah diadakan satu "Tayangan Gambar" berkenaan dengan aktiviti aktiviti yang pernah diadakan dan tayangan program "belia benci dadah" turut diadakan. Tayangan ini bertajuk "Belia Hari Ini Adalah Pewaris Kepimpinan Hari Esok" dan ia diadakan semperna menyambut tahun baru 2010. Program ini telah dihadiri oleh semua lapisan masyarakat khasnya golongan belia dan remaja. Pengerusi JKKK iaitu En Harun bin Ismail turut sama menghadiri program ini dan memberi ucapan kepada yang hadir. Program ini telah dipengerusikan oleh Saudara Ambak Ismail selaku AJK Belia. Selain itu cabutan bertuah turut diadakan kepada semua yang hadir.
"BELIA MESRA MASYARAKAT"
"KITA SEMUA...JANGAN BERPUAK PUAK"
"BELIA BENCI DADAH"
Poster Promosi Program...
Belia dan remaja sedang mendaftarkan diri untuk
sesi cabutan bertuah.
Golongan dewasa turut sama memeriahkan program.
Kanak kanak pun turut sama hadir...satu
perkembangan yang positif.
Pengerusi Jkkk (En Harun) ... sedang menyampaikan
ucapan dalam program tersebut sambil diperhatikan
oleh En Azman (Pengerusi Belia) dan En Ambak selaku
Pengerusi Majlis.
Tayangan gambar...ternyata mendapat sambutan
yang amat baik... En Zahari antara yang bertuah dan reaksi penonton semasa tayangan berlangsung...
Koleksi foto pada sesi cabutan bertuah...
Tahniah kepada yang bertuah...
Warga emas...Pok Long Che Him antara
yang paling bertuah.

Tiada ulasan: