25 Januari 2010

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT KAMPUNG BUKIT WAN 2009.

Program memasak bubur asyura bagi peringkat Kampung Bukit Wan telah dijalankan pada 23 Januari 2010 yang baru lalu bertempat dibangunan KRT. Program ini merupakan kali ke-2 ia diadakan dikampung Bukit Wan. Sebelum ini ia telah dijalankan mengikut peringkat zon masing masing iaitu pada 8 Januari 2010. Program ini telah dirancangkan oleh pihak JKKK dengan kerjasama seluruh penduduk kampung. Pada program ini sebanyak 5 kawah bubur asyura telah berjaya dihasilkan. Program ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan bin Che Mat (Adun Batu Rakit). Dalam program ini pihak Jkkk turut menyediakan makan tengahhari kepada semua yang hadir. Ternyata program yang sebergini pasti mendapat kerjasama yang amat baik dari seluruh penduduk kampung. Semasa majlis ini berlangsung kita dapat melihat semangat kerjasama dan tolong menolong diantara satu sama lain. Dengan secara tidak langsung pada program yang sebergini kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara penduduk kampung.
Semoga Penduduk Kampung Bukit Wan akan terus bersatu padu dan berkerjasama dalam satu pasukan.

Sebahagian kaum ibu yang mewarnai program ini.

Suasana diawal pagi...sudah ramai yang datang.
Turut hadir...Pegawai polis dari Balai Batu Rakit. Berkerjasama dan bergotong royong adalah perkara biasa di Kampung Bukit Wan.
Warga Emas (Mok Cik Semek)...bergitu tekun
pengucar bubur asyura.....
YB Khazan turut sama mengucar bubur asyura
bersama barisan kepimpinan kampung.
Seorang penduduk kampung (Wan Ismail)
... bertanyakan sesuatu kepada YB Khazan.
Sedang tunggu giliran untuk mengucar bubur asyura...
Kucar dan terus kucar....5 jam baru masak. Hasilnya...Bubur Asyura yang dah masak. Bubur Asyura yang siap untuk diagihkan kepada semua penduduk kampung.

Tiada ulasan: