27 Februari 2010

ROMBONGAN BELIA BUKIT WAN KE AIR TERJUN CEMERONG DUNGUN.

Pada 19 Februari 2010 yang baru, satu rombongan "xpdc" belia Kampung Bukit Wan ke Air Terjun Cemerong di Dungun. Seramai 35 orang belia telah menyertai xpdc ini dan mereka bertolak dari Kampung Bukit Wan pada pukul 8.30 pagi. Segala keperluan termasuklah bekalan makanan (10 ekor ayam) dan minuman telah disiapkan terlebih dahulu. Kesemua mereka bermotosikal kecuali sebuah kereta telah digunakan untuk membawa bekalan makanan dan lain lain keperluan termasuklah alat ganti motosikal jika berlaku kerosakan dalam perjalanan. Program riadah seperti ini amat baik untuk terus diadakan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara mereka dan dapat menghindarkan diri dari terjelumuh dengan perkara perkara yang negatif.
"BERHATI HATILAH ANDA DI JALANRAYA
DAN TERUSKAN BERXPDC"
Berkumpul menanti rakan rakan tiba untuk bertolak.Sedikit taklimat dan nasihat kepada peserta xpdc. Mat...orang penting yang menjayakan program xpdc ini... Kita ubuh minyak dulu...penuh tangki.
Idan...salah seorang peserta program ini.
Ubuh minyak lagi. Jalan jauh ni......
Berhenti seketika...berehat lah dulu. (Lenguh abis)
Khairul...dekat dah ni..12 km lagi.
Panggang ayam.... 10 ekor abis ke.....?
Menikmati makan yang dibawa...memang sedap bila
makan ramai ramai macam ni.
Bersiap untuk pulang...Bergambar kenang kenangan di Air Terjun Cemerong3 sekawan... sempat juga posing

25 Februari 2010

RAMLAH KINI PEKEBUN BERJAYA (BUKIT WAN)

Ramlah Hitam 41, kini bergelar pekebun berjaya hasil usahanya meneruskan tanaman sayuran kampung yang menjadi pekerjaan warisan keluarganya sejak dahulu. Setelah 15 tahun menceburi bidang pertanian ini, dia kini lega kerana berjaya mengatasi masalah tanaman yang dihadapi terutama perosak. Setelah 15 tahun aktif berkebun, segala permasalahan dapat diatasi termasuk musuh tradisi iaitu serangga perosak dengan selalu membuat permantauan dan menyembur racun. "Jika orang lain mungkin memilih kaedah moden untuk bercucuk taman tetapi saya tetap meneruskan cara lama. Melalui kaedah ini, saya perlu bekerja keras sedikit tetapi tidaklah membebankan", kata ibu kepada dua anak ini. Katanya, dia memlilih tanaman tidak kekal seperti lada, kacang dan juga mentimun berbanding tanaman lain kerana cepat mendapat hasil dan sentiasa ada permintaan. "Pokok lada terus boleh dituai selepas tiga bulan, mentimun pula hanya selama 45 hari sudah boleh dijual kepada pengedar tetap di Pasar Payang Kuala Terengganu."katanya yang mengusahakan tanah kebun lebih 0.8 hektar dengan bantuan suami. Tanaman tersebut hanya perlu dipantau dengan teliti semasa kecil tetapi apabila telah besar, pemantauan sekali sehari sudah cukup untuk melihat perkembangannya. "Orang muda kini tidak lagi berminat untuk meneruskan kerja kampung, keadaan tersebut merugikan jika mempunyai tanah yang subur," katanta. Kata Ramlah, meskipun hasil jualan sayuran tidak menentu tetapi pendapatannya cukup untuk menanpung keperluan keluarga. - Dipetik dari Sinar Harian (13 / 2 / 2010)

19 Februari 2010

PROGRAM BINA INSAN GURU DI KAMPUNG BUKIT WAN

Kampung Bukit Wan sememangnya telah terkenal dan terus dikunjungi oleh berbagai agensi kerajaan dan pelajar pelajar dari IPTA untuk menjalankan aktiviti aktivitinya. Kini yang terbaru adalah "Program Bina Insan Guru" dari pelajar pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Program ini telah diadakan pada 19 Februari 2010 (Jumaat) dimana rombongan ini telah tiba di Kampung Bukit Wan seawal jam 8.00 pagi. Ia telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (En Harun Ismail) dan barisan kepimpinan kampung yang lain. Rombangan ini terdiri dari 38 orang pelajar (bakal guru) dan 2 orang pegawai pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bergotong royong membersih kawasan kampung sambil bermesra dengan penduduk kampung. Semasa gotong royong dijalankan, pelajar pelajar ini telah dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut kawasan zon dikampung ini. Kehadiran kumpulan pelajar ini cukup mengembirakan penduduk kampung dan mereka sama sama bergotong royong membersih kawasan sekitar kampung. Di akhir program ini pihak JKKK telah mengadakan satu majlis penutup secara ringkas untuk program ini dan menyediakan "makan tengahari" kepada semua peserta yang mengikuti program ini. Pengerusi JKKK (En Harun) telah membuat satu ucapan ringkas pada majlis penutup ini dan dalam pada itu pihak Institut Pendidikan Guru telah menyampaikan cenderamata kepada pihak JKKK.
TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR PELAJAR PISMP MATEMATIK 1 & 2 SEMESTER 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL DIATAS SUMBANGAN ANDA KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT WAN.
Poster "Program Bina Insan Guru" Nama nama peserta program ini... Gotong royong bermula.... Ringan tulang...apa yang penting....kerjasama. Dari kumpulan zon A... rajin rajin belaka. Nyata bersemangat dan berdisplin. Happy + enjoy = suka hati. Peserta "tuan rumah" juga rancak membersih kawasan.Uduk relix (mungkin tip 5 ) dan bincang bincang tu. Bergambar bersama penulis blog Kampung
Bukit Wan (hulkali - baju merah putih). Akulah tu..
Menanti majlis penutup bermula...
Lauk pauk makan tengahari telah tersedia...tunggu
perasmian berakhir.
Ucapan dari wakil pelajar...Dr Hamdan bin Aziz.
(Tutor PISMP Matematik 1)
Cenderahati dari wakil pelajar (Mohamad Basri)
kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan sambil
diperhatikan oleh Dr Hamdan Aziz.
Beratur dan berdisplin...anda dikagumi. Sesi perbincangan yang tidak rasmi sambil
makan tengahari.
Makan nasi lauk ala kampung...memang sedap. Selamat makan cikgu...tambahlah lagi cikgu.
Sukarela...siap basuh pinggan lagi. Bagus bagus...

Peserta Program Bina Insan Guru bergambar kenang kenangan bersama pihak Jkkk Kampung Bukit Wan sebelum pulang.

SILA DATANG LAGI KE KAMPUNG KAMI.

16 Februari 2010

LATIHAN FUTSAL ANJURAN PEMUDA UMNO KAMPUNG BUKIT WAN.

Permainan futsal kini merupakan salah satu acara sukan yang menjadi kegilaan remaja di masa lapang. Di atas dasar kecaknaan dan ambil berat terhadap golongan belia, Pergerakkan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan telah mengadakan satu sesi latihan futsal kepada semua golongan belia yang berminat dengan acara sukan ini. Latihan ini telah diadakan di Jembal Futsal Kampung Tok Jembal Gong Badak pada 15 Februari 2010 yang lalu. Kehadiran golongan belia dan remaja amatlah membanggakan. Program ini telah dirancangkan oleh Ketua Pemuda Umno Kampung Bukit Wan iaitu En Ambak Ismail dengan kerjasama JKKK. Tujuan utama latihan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang luas kepada pemain team futsal kampung bagi memghadapi sebarang kejohanan yang bakal diadakan nanti. Selain dari itu ia merupakan salah satu sesi riadah bulanan untuk belia belia di kampung Bukit Wan. Di samping itu juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat setiakawan diantara mereka serta secara tidak langsung ia dapat menghindarkan dari terjebak dengan perkara perkara yang negetif. Program latihan ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) yang turut serta bermain futsal bersama sama belia. Semoga program yang seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa masa akan datang demi kebaikan golongan belia dan komuniti setempat.
"TERIMA KASIH PEMUDA UMNO BUKIT WAN"
Barisan belia dan remaja sedang menunggu
giliran untuk bermain.
Rancak....Masing masing tunjuk skill individu
yang tersendiri.
Sebahagian penonton yang hadir...tanda sokongan.
Terima kasih kepada yang hadir...
Majoriti belia kita ramai yang berbakat...
Banyakkan latihan...
YB Khazan (tengah)... sedang tunggu giliran untuk
turut sama beraksi di padang.
Team Futsal Veteren Bukit Wan turut sama tunjuk
kehebatan.
Antara aksi yang menarik dan melucukan.
Team Veteren Futsal Bukit Wan bergambar kenang
kenangan bersama YB Ustaz Khazan Che Mat
sebelum perlawanan bermula.

PROGRAM GOTONG ROYONG DI BANGUNAN KRT BUKIT WAN

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan program program kemasyarakatannya. Dan terkini telah diadakan satu program gotong royong disekitar Bangunan Krt. Program ini telah dijalankan pada 15 Februari 2010 dengan hanya melibatkan ahli jawatankuasa Krt sahaja. Antara kerja kerja yang dijalankan termasuklah menanam pokok pokok bunga, memotong rumput disekitar bangunan Krt, membersih dan menyusun atur peralatan di dalam bangunan Krt dan sebagainya. Kerjasama dari semua ahli jawatankuasa Krt dalam menjayakan program ini amatlah dibanggakan. Semoga semangat yang sebegini akan berterusan dalam komuniti Kampung Bukit Wan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan di luar bangunan Krt.
Berehat seketika...(makan pagi) nasi dagang dan Teh O.