Permainan futsal kini merupakan salah satu acara sukan yang menjadi kegilaan remaja di masa lapang. Di atas dasar kecaknaan dan ambil berat terhadap golongan belia, Pergerakkan Pemuda Umno Kampung Bukit Wan telah mengadakan satu sesi latihan futsal kepada semua golongan belia yang berminat dengan acara sukan ini. Latihan ini telah diadakan di Jembal Futsal Kampung Tok Jembal Gong Badak pada 15 Februari 2010 yang lalu. Kehadiran golongan belia dan remaja amatlah membanggakan. Program ini telah dirancangkan oleh Ketua Pemuda Umno Kampung Bukit Wan iaitu En Ambak Ismail dengan kerjasama JKKK. Tujuan utama latihan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengalaman yang luas kepada pemain team futsal kampung bagi memghadapi sebarang kejohanan yang bakal diadakan nanti. Selain dari itu ia merupakan salah satu sesi riadah bulanan untuk belia belia di kampung Bukit Wan. Di samping itu juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat setiakawan diantara mereka serta secara tidak langsung ia dapat menghindarkan dari terjebak dengan perkara perkara yang negetif. Program latihan ini juga turut dihadiri oleh YB Ustaz Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) yang turut serta bermain futsal bersama sama belia. Semoga program yang seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa masa akan datang demi kebaikan golongan belia dan komuniti setempat.
"TERIMA KASIH PEMUDA UMNO BUKIT WAN"
Barisan belia dan remaja sedang menunggu
giliran untuk bermain.
Rancak....Masing masing tunjuk skill individu
yang tersendiri.
Sebahagian penonton yang hadir...tanda sokongan.
Terima kasih kepada yang hadir...
Banyakkan latihan...
YB Khazan (tengah)... sedang tunggu giliran untuk
turut sama beraksi di padang.
Team Futsal Veteren Bukit Wan turut sama tunjuk
kehebatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan