25 Februari 2010

RAMLAH KINI PEKEBUN BERJAYA (BUKIT WAN)

Ramlah Hitam 41, kini bergelar pekebun berjaya hasil usahanya meneruskan tanaman sayuran kampung yang menjadi pekerjaan warisan keluarganya sejak dahulu. Setelah 15 tahun menceburi bidang pertanian ini, dia kini lega kerana berjaya mengatasi masalah tanaman yang dihadapi terutama perosak. Setelah 15 tahun aktif berkebun, segala permasalahan dapat diatasi termasuk musuh tradisi iaitu serangga perosak dengan selalu membuat permantauan dan menyembur racun. "Jika orang lain mungkin memilih kaedah moden untuk bercucuk taman tetapi saya tetap meneruskan cara lama. Melalui kaedah ini, saya perlu bekerja keras sedikit tetapi tidaklah membebankan", kata ibu kepada dua anak ini. Katanya, dia memlilih tanaman tidak kekal seperti lada, kacang dan juga mentimun berbanding tanaman lain kerana cepat mendapat hasil dan sentiasa ada permintaan. "Pokok lada terus boleh dituai selepas tiga bulan, mentimun pula hanya selama 45 hari sudah boleh dijual kepada pengedar tetap di Pasar Payang Kuala Terengganu."katanya yang mengusahakan tanah kebun lebih 0.8 hektar dengan bantuan suami. Tanaman tersebut hanya perlu dipantau dengan teliti semasa kecil tetapi apabila telah besar, pemantauan sekali sehari sudah cukup untuk melihat perkembangannya. "Orang muda kini tidak lagi berminat untuk meneruskan kerja kampung, keadaan tersebut merugikan jika mempunyai tanah yang subur," katanta. Kata Ramlah, meskipun hasil jualan sayuran tidak menentu tetapi pendapatannya cukup untuk menanpung keperluan keluarga. - Dipetik dari Sinar Harian (13 / 2 / 2010)

Tiada ulasan: