10 Februari 2010

KUNJUNGAN MUHIBBAH PEMUDA DAN WANITA TELAGA PAPAN KE KAMPUNG BUKIT WAN.

Pada 5 Februari 2010 satu rombongan Pemuda dan Wanita dari Kampung Telaga Papan telah berkunjung ke Kampung Bukit Wan. Kunjungan ini merupakan satu kunjungan balas kerana pada 15 Januari 2010 yang baru lalu Pemuda dan Wanita Kampung Bukit Wan telah berkunjung ke Kampung Telaga Papan. Rombangan ini telah tiba pada pukul 4.00 petang dan dibawa ke Bangunan KRT untuk berehat. Setelah selesai solat Asar di Masjid Bukit Wan rombongan ini terus ke padang bola jaring dan padang bola sepak. Kedua dua perlawanan ini berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan semangat kesukanan yang tinggi. Dalam perlawanan bola sepak Team Telaga Papan telah berjaya menewaskan Team Bukit Wan 4-1 manakala dalam bola jaring Team Bukit Wan terus unggul. Sebelum rombongan ini pulang satu jamuan minum petang telah disediakan. Semoga aktiviti yang seumpama ini akan dapat diteruskan lagi dari masa kesemasa.

Perancang Program ini...Dari kiri...En Harun (Pengerusi JKKK),En Ambak (S/U JKKK) dan En Marzuki (Tim Pengerusi JKKK)

Bergambar Kenang kenangan sebelum perlawanan bermula.

Mengeratkan silaturahim...matlamat utama program ini.

Team bola jaring yang spoting.... Bukit Wan vs Telaga Papan

Penyokong setia Team Telaga Papan...

Menjamu selera sebelum pulang... Tetamu dijamu dengan Laksa kuah putih...memang sedap. Bergambar lagi sebelum pulang...harap datang lagi.

Tiada ulasan: