Kampung Bukit Wan sekali lagi menyertai pertandingan "Anugerah Desa Cemerlang" peringkat daerah Kuala Terengganu bagi tahun 2009. Bagi menghadapi pertandingan ini pihak JKKK telah mengadakan beberapa kali mesyuarat bagi membincangkan persiapan dan persediaan yang perlu dibuat. Antaranya mengadakan program gotong royong bersih kampung dan juga kemaskini profil kampung dengan data data yang terkini. Penduduk kampung telah keluar beramai ramai bergotong royong dan menjalankan kerja kerja untuk membuat persiapan yang sebaiknya. Bertempat di Bangunan KRT Kampung Bukit Wan adalah tempat berkumpulnya para para hakim dan sesi pembentangan serta soal jawab. Pada jam 11.40 pagi para para hakim dari berbagai jenis agensi dan jabatan telah sampai di Kampung Bukit Wan. Pihak JKKK telah menyambutnya dengan perarakkan bunga manggar dan paluan kompung serta diiringi dengan berzanji. Tetamu dan para hakim ini terus diarakkan ke Bangunan KRT. Dalam majlis penghakiman ini, pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan (Chek Harun bin Ismail) telah memulakan atucara dengan mengadakan taklimat tentang profil kampung yang terkini. Selain dari itu ketua ketua biro dalam JKKK juga memberi penerangan tentang fungsi dan aktiviti biro masing masing. Dalam pada itu pihak JKKK juga turut menyediakan sudut pameran yang memaparkan aktiviti dan kejayaan yang telah dicapai oleh kampung. Selain dari itu tayangan slide dari blog kampung (wwwbukitwan.blogspot.com) turut diadakan. Sesi soal jawab turut diadakan antara pihak JKKK dengan para hakim. Sesi lawatan juga diadakan dengan mengadakan lawatan ke pusat pemeliharaan lintah, perternakan ikan keli dan sebagainya . Sebelum para hakim dan tetamu pulang, satu majlis makan tengah hari turut disediakan oleh pihak JKKK.
JKKK KAMPUNG BUKIT WAN MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK KHASNYA PENDUDUK KAMPUNG KERANA TELAH BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PROGRAM INI.
Bangunan KRT..tempat berkumpul dan sesi taklimatPoster untuk para hakim...selamat datang.
Bunga manggar...dari kanak kanak TBK Bukit Wan
Sebahagian dari Ahli Team Kompang Bukit Wan
Ketibaan para hakim dan tetamu yang disambut mesra
oleh pihak JKKK.
Para hakim diarak dengan paluan kompang dan bunga
manggar serta diiringgi dengan berzanji
Satu perarakan yang sempurna dan mantap.
En Rahim...ada plen baru kok.
sesi penerangan tentang kampung.
profil tentang kampung yang dibagikan oleh pihak JKKK
kampung yang merancangkan setiap program