Hari raya hari yang mulia. Ramadhan berlalu Syawal menjelma. Suasana meriah di sini sana.... Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bukit Wan pada tahun ini disambut secara sederhana tetapi cukup meriah. Berapa hari sebelum raya penduduk kampung telah sibuk dengan membuat persiapan termasuklah membersih kawasan halaman rumah, memasang pelita, membersih jalan jalan utama dan sebagainya. Suri suri rumah pula sibuk membuat kuih muih termasuk kuih tradisional seperti ketupat, leman, tapai dan juga kuih muih moden. Dalam pada itu anak anak kampung yang sekian lama merantau kini ramai yang telah pulang ke kampung untuk bersama sama berhari raya dikampung. Pada malam raya bergema takbir raya di Masjid sehingga ketengah malam. Dan pada malam raya juga ada yang mengambil kesempatan untuk membayar zakat fitrah. Pada jam 8.00 pagi hari raya, masjid mula dipenuhi oleh orang ramai untuk bersembahayang sunat hari raya. Setelah selesai khutbah raya, semua penduduk kampung terus berdiri dalam barisan shaf dan bersalam salaman mengikut giliran dengan semua makmun yang hadir. Keadaan ini telah menjadi satu tradisi dikampung Bukit Wan. Setelah semuanya selesai, semua penduduk kampung terus ke tanah perkuburan untuk mengziarahi ahli keluarga yang telah meninggal. Disana di adakan majlis tahlil dan bacaan doa. Selepas itu barulah penduduk kampung mula mengziarahi sanak saudara dan kunjung mengunjung diantara satu sama yang lain. Rumah rumah terbuka dimana mana saja dengan terhidang beranika jenis makanan termasuk nasi dan juga kuih muih. Dalam pada itu duit duit raya turut dihulurkan kepada kanak kanak dan juga golongan remaja serta golongan yang kurang bernasib baik. Semoga keadaan dan suasana yang seperti ini akan berterusan didalam kampung Bukit Wan dan penambahbaikan perlulah difikirkan dari masa kesemasa agar ia akan lebih meriah dan lebih bermakna dari tahun tahun yang lalu serta sesuai mengikut keadaan semasa.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...UNTUK SEMUA WARGA BUKIT WAN KHASNYA.
Antara anak anak kampung yang merantau kini pulang
untuk bersama beraya dikampung...
Hari raya hari bermaafan...beratur untuk bersalam
salaman tidak kira kecil besar tua muda...amalan mulia.
Hari raya hari yang mulia...bermaaf maafanlah kita
sesama kita. Hapuskan segala sengketa.
Satu kampung macam satu keluarga...itulah kita.
Yang muda menghormati yang tua...
bersalam dengan warga emas...semoga ia satu
amalan yang akan diteruskan walaupun bukan
Selepas sembahayang raya...mengziarahi pusara ahli keluarga.
yang telah tiada.
tahun di Kampung Bukit Wan...Ramai yang hadir.
disana sini telah menambahkan lagi kemeriahan
hari raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan