07 September 2009

KERJA AMAL WANITA UMNO KAMPUNG BUKIT WAN DI BULAN RAMADHAM

Pergerakan Wanita Umno Kampung Bukit Wan tidak pernah sunyi dengan aktiviti aktiviti kemasyarakatan khasnya untuk penduduk kampung. Dengan kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak ini satu lagi aktiviti amal telah dijalankan oleh Ahli Wanita Umno Kampung Bukit wan. Pada 31 Ogos 2009 yang baru lalu, satu gotong royong membuat kuih "Buah Gomok" telah dijalankan dirumah Puan Fatimah Ibrahim. Aktiviti gotong royong membuat kuih ini telah dicapai dalam satu mesyuarat yang dijalankan tidak lama dulu. Kerja kerja membuat kuih ini dijalankan disebelah pagi dan kehadiran ahli cukup memuaskan serta segala gerakkerja telah dijalankan mengikut jadual seperti yang dirancangkan. Kerja kerja membuat kuih ini telah bermula pada jam 8.30 pagi. Tugas tugas telah dibahagikan mengikut kesesuaian dan kebolehan masing masing. Kuih kuih yang telah masak dan siap dibungkus akan diagihkan secara percuma kepada tiap tiap buah rumah dalam kampung Bukit Wan.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MERDEKA.
Suasana aktiviti membuat kuih berlangsung...riuh rendah. Kerja kerja membungkus kuih tengah rancak berjalan. Tekun menjalankan aktiviti...dari kiri Puan Timah, Puan Zainun dan Mok Leha Program ini juga turut melibatkan golong remaja... Semangat kerjasama jelas kelihatan disepanjang program ini berlangsung.

Tiada ulasan: